e-Tunai Rakyat Boleh Ditebus Bermula 15 Jan 2020

Berita baik buat warganegara Malaysia terutamanya yang berumur 18 tahun keatas. Kerjaan telah memperuntukkan sebanyak RM450 juta untuk perlaksanaan insentif "e-Tunai Rakyat". 



Insentif tersebut ialah pemberian wang kredit sebanyak RM30 ke dalam dompet digital (eWallet). Bagi membuat penebusan insentif ini, para penerima yang layak perlu mempunyai akaun eWallet dan telah membuat pengesahan identiti pada penyedia perkhidmatan terpilih. 



Antara dompet digital (eWallet) yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch n Go eWallet, GrabPay & Boost. Insentif ini boleh ditebus dalam tempoh masa 2 bulan sahaja bermula 15 Jan 2020 hingga 14 Mac 2020. 

Cara Tebus RM30 e-Tunai Rakyat

1. Melalui Touch n Go eWallet



  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store
  2. Daftar dengan lengkap maklumat yang diperlukan.
  3. Verify (sahkan) akaun Touch n Go anda
  4. Tebus kredit bermula 15 Jan 2020

2. Melalui Boost


  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dan kemudian ikut arahan seterusnya.
  3. Upgrade akaun Boost anda kepada Premium dan Verify akaun anda.
  4. Bagi pemula yang berbelanja RM10 yang pertama, boleh dapatkan RM5 wang kembali.
  5. Klik butang e-Tunai Rakyat pada 15 Jan 2020.
  6. Klik butang Get Ready Claim eTunai dan ikuti langkah selanjutnya sepertimana yang dipaparkan.

3. Melalui GarbPay


  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store.
  2. Klik Payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian terus dengan arahan selanjutnya.
  4. Sahkan akaun dan penebusan boleh dibuat bermula 15 Jan 2020.

Catat Ulasan

1 Ulasan