Hael Husaini dan Cakra Khan Ingin Mencari Bintang Nusantara di Stariser


Program Stariser ini adalah program kolaborasi antara Gempak dan Cumicumi.com ingin memberi peluang kepada warganegara Malaysia dan Indonesia yang mempunyai bakat dalam nyanyian untuk meraih wang tunai sebanyak RM10,000.

Kepada semua peminat tegar penyanyi Hael Husaini dan Cakra Khan ini adalah peluang terbesar anda untuk menyanyikan lagu hits mereka didepan penyanyi kesayangan anda itu. 

Cara Penyertaan

1. Muat naik video nyanyian anda di laman instagram.
2. Pastikan akaun Instagram anda dalam status "Public".
3. Sertakan #Stariser #TeamHael (untuk masuk ke team Hael Husaini) ataupun #Stariser #TeamCakra (untuk masuk ke team Cakra Khan).

Syarat Penyertaan

  • Mempunyai bakat menyanyi
  • Terbuka untuk warganegara Malaysia dan Indonesia
  • Berumur 18 tahun - 35 tahun
  • Nyanyian secara solo
  • Terbuka kepada semua jenis kreativiti untuk mempersembahkan nyanyian anda
  • Penyanyi perlu memilih lagu dari Hael Husaini dan Cakra Khan sahaja. Lagu penyanyi lain tidak dibenarkan.
  • Tidak terkait kontrak dengan syarikat rakaman
  • Sihat tubuh badan, tidak hamil dan tidak mempunyai sebarang penyakit atau keadaan kesihatan yang bakal menyusahkan proses pengambaran
  • Peserta mestilah tidak mempunyai rekod jenayah dan penyalahgunaan dadah dan tidak bankrupt
  • Peserta yang terpilih, perlumemberikan komitmen sepenuhnya ketika proses pengambaran  dan promosi di lapangan 
  • Untuk peserta Malaysia anda mestilah mempunyai passport yang sah dan melebihi 1 tahun dari tarikh tamat tempoh
  • Setiap video yang dimuatnaik untuk penyertaan boleh digunakan untuk tujuan promosi menyeluruh dalam apa jua bentuk media tanpa perlu keizinan dari pihak pengirim

Senarai Lagu Penyertaan 

Hael Husaini

1. Jampi
2. Hajat
3. Haram
4. Hati ini
5. Hari
6. Dunia Baru

Cakra Khan

1. Kekasih Bayangan
2. Mencari Cinta Sejati
3. Harus Terpisah
4. Setelah Kau Tidak
5. Adalah Aku
6. Mengingat Dia
7. Jangan Mudah Putus Asa

Tarikh Penyertaan

Penyertaan bermula pada 13 Februari 2020 sehingga 29 Februari 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan