Cara Menebus Data Internet Percuma Sepanjang PKP


Pada 27 Mac yang lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion. Ia bertujuan untuk melindungi rakyat sekaligus mambantu memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan Covid-19. Daripada keseluruhan jumlah tersebut, kerajaan turut memperuntukkan pakej Internet khas percuma bernilai RM600 juta kepada semua pelanggan sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tamat.

Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pasca bayar dan prabayar seperti UMobile, Celcom, Digi dan Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pengguna. Tapi bagaimana untuk menebusnya?


1. Maxis - Perlu Ditebus Setiap Hari




Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan Prepaid dan Postpaid Maxis kecuali pengguna MaxisONE. Penebusan perlu dibuat setiap hari dan digunakan pada masa yang telah ditetapkan (8pagi sehingga 6petang). Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.


  • Aplikasi MyMaxis - Klik "Get More Data" -> pilih "Free 1GB/Day Pass" di bawah "Time Based Pass"
  • Aplikasi MyMaxisBiz - Klik "Get More Data" -> pilih "Free 1GB/Day Pass" di bawah "Time Based Pass"
  • Aplikasi Hotlink RED - Klik banner utama -> pilih "Free 1GB/Day Pass". Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab 'Shop'

2. UMobile - Daftar & Terima Secara Automatik


UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan Prepaid, Postpaid dan Broadband. Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet dan boleh digunakan untuk hotspot.

  • *118*6*7# untuk Prepaid
  • *118*7*6# untuk Postpaid

3. Celcom - Penebusan Tidak Diperlukan


Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. 

4. Digi - Internet dan Panggilan Percuma


Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti semua pelanggan Postpaid dan Broadband Digi akan menerima data Internet secara percuma sebanyak 1GB setiap hari. Selain itu, mana - mana pelanggan Prepaid Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas akan menikmati internet serta panggilan percuma seperti berikut :

  • Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari
  • Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan keatas. Sah selama 7 hari

Selain itu, Digi turut memberikan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, JomStudi. Tambahan pula, pelanggan juga boleh membeli akses percuma selama 1 bulan untuk UPSR dan Kurikulum SPM di Classrum dengan hanya RM1.

5. YooDo - Tiada Had Penggunaan


Penawaran YooDo nampaknya tampil lebih menarik berbanding yang lain apabila penggunaan data percuma ini boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke pelan anda bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif. Data percuma ini akan ditambah pada baki sedia ada. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.

6. Unifi Mobile - Pas Hotspot 999GB


Unifi mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna Mobile Postpaid dan unifi Mobile Biz Postpaid. Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diakifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.

7. Tune Talk - #LawanCovid19




Hari ini TuneTalk turut mengumumkan mereka akan menawarkan 1GB data percuma setiap hari bermula 1 April 2020 sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan tamat. TuneTalk mengatakan data percuma ini akan ditawarkan setiap hari untuk pengguna. Bagi pengguna TuneTalk, anda perlu mendaftar. Sebaik sahaja diaktifkan, anda akan menerima 1GB data percuma.
  • Hantar SMS STAYHOME ke 2222

Catat Ulasan

1 Ulasan