Permohonan & Semakan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Dibuka


Pada 27 Mac 2020 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa bantuan buat semua rakyat Malaysia pada perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). RM250 bilion telah diperuntukkan yang melibatkan bantuan termasuklah kepada rakyat dan perniagaan disamping pakej untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara serta membendung penularan wabak COVID-19.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh rayat dan tiada golongan yang akan tercicir. Apa yang menariknya, kerajaan akan menyediakan Bantuan PRIHATIN Nasional, pemberian tunai secara 'One Off' dengan peruntukan hampir RM10 bilion. Dan buat kali pertamanya ia akan disalurkan kepada kumpulan M40 selain golongan B40. Ianya termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan kebawah.

Syarat Kelayakan Bantuan Prihatin Nasional


Laman web terbaru Permohonan Bantuan Prihatin Nasional : https://bpn.hasil.gov.my/

Cara Permohonan Bantuan Sara Hidup





Bayaran One-Off Bagi Pelajar IPT

Para pelajar institusi pengajian tinggi juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar bermula Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta dan diberikan kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuklah Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politekni, IPTA dan IPTS. 

Persoalan yang mungkin berlegar di fikiran anda, bagaimana cara wang bantuan ini akan diagihkan, adakah perlu memohon? Untuk makluman, caranya belum dapat dipastikan lagi tetapi kami kira anda tidak perlu membuat permohonan kerana kerajaan sudah mempunyai data pelajar daripada Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) bernilai RM100 yang diberikan sebelum ini melalui kad Bank Rakyat. Jadi akaun sudah ada, wang kemungkinan akan dimasukkan ke akaun tersebut. Walau bagaimanapun, jika ada perubahan dan anda perlu memohon, kami akan kemaskini artikel ini dan maklumkan cara dan link permohonan.

Maklumat Lanjut

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi nombor berikut



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. thank you so much for sharing this.

    BalasPadam
  2. Pelajar sepenuh masa institusi tinggi tidak layak menerima BPN

    BalasPadam