Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020


Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, pada 1 Julai yang lalu Perdana Menteri YB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju memilih logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang bertemakan Malaysia Prihatin. Tema itu dipilih bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan raykat Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan Covid-19. 

TEMA HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2020

MALAYSIA PRIHATIN

LOGO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2020


Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keperihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, kerajaan melalui KKMM dan agensinya telah merancang untuk mengadakan 4 aktiviti utama iaitu Sambutan Ulang tahun ke-50 Rukun Negara pada 9 Julai sehingga 16 Sept 2020 di bangunan Perdana Putra. Seterusnya, pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya. Selain itu, sambutan Hari Kebangsaan 2020 pada 31 Ogos 2020 di Kuala Lumpur manakala Sambutan Hari Malaysia 2020 pada 16 Sept 2020 di Sibu, Sarawak.


Catat Ulasan

0 Ulasan