Kredit ePENJANA RM50 Boleh Di Tebus Bermula 31 Julai 2020


Sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman mengenai Program RM750 juta kredit ePENJANA untuk rakyat Malaysia. Program ini bertujuan untuk menggalakkan lagi pembelian nirsentuh ketika berurusan di kedai fizikal yang selari dengan era norma baharu yang menggalakkan pengurangan sentuhan fizikal antara satu sama lain.

Hari ini Kementerian Kewangan telah mengumumkan pelancaran Program RM750 juta Kredit ePENJANA. Menurutnya, setiap pemohon yang layak akan mendapat RM50 kredit ePENJANA mulai 31 Julai 2020. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih ialah Boost, GrabPay dan Touch n Go eWallet. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama aplikasi pengesan kontak COVID-19 iaitu MySejahtera.


Untuk memohon program ini, setiap pemohon mesti memuat turun salah satu dari tiga e-Dompet tersebut, serta wajib memuat turun  dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Inisiatif ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas serta berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Tempoh memohon RM50 kredit ePENJANA bermula 31 Julai hingga 24 September 2020, manakala tarikh akhir penggunaan ePENJANA pada 30 September 2020.

Cara Tebus RM50 ePENJANA

1. Melalui Touch n Go eWallet




  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store
  2. Daftar dengan lengkap maklumat yang diperlukan.
  3. Verify (sahkan) akaun Touch n Go anda
  4. Tebus kredit bermula 31 Julai 2020

2. Melalui Boost
  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan dan kemudian ikut arahan seterusnya.
  3. Upgrade akaun Boost anda kepada Premium dan Verify akaun anda.
  4. Klik butang e-PENJANA pada 31 Julai 2020
  5. Klik butang Get Ready Claim ePENJANA dan ikuti langkah selanjutnya seperti mana yang dipaparkan.

3. Melalui GarbPay


  1. Download aplikasi di AppStore dan Google Play Store.
  2. Klik Payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian terus dengan arahan selanjutnya.
  4. Sahkan akaun dan penebusan boleh dibuat bermula 31 Julai 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan