Sekarang negara kita dibawah pemerintahan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 jadi banyak aktiviti ekonomi akan terjejas termasuk sesi pemelajaran di sekolah. Bagi mereka yang tinggal di kawasan PKP, sesi pembelajaran dilakukan sepenuhnya secara atas talian sehingga tempoh yang akan ditetapkan.
Inisiatif yang Kementerian Pelajaran Malaysia telah lakukan dengan melancarkan buku teks sekolah versi digital yang boleh dimuat turun secara percuma. Tujuan KPM melancarkan buku teks digital ini sebagai salah satu langkah untuk lebih maju di dalam bidang pendidikan Malaysia.
Cara menggunakan Buku Teks Digital
1. Daftar dan log masuk di https://textbook.moe.gov.my/login
2. Isi maklumat peribadi serta maklumat sekolah anda
3. Cari buku teks yang anda mahukan dan muat turun ke dalam gadget anda
Bukan hanya di portal rasmi sahaja aplikasi ini dapat digunakan, tetapi ianya juga boleh di muat turun di peranti anda berbentuk satu aplikasi khusus.
4 Ulasan
sekarang semuanya menggunakan kemajuan. anak-anak pun semakin maju dari kita.
BalasPadamye betul tu
Padamwah good initiative! Terbaik! Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
BalasPadamAlamak!!! tak sempat join. Takde rezeki :(
Padam