Takwim Persekolahan Tahun 2021

 


Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi sesi 2021. Takwim persekolahan ini sangat berguna untuk pelbagai pihak. Pihak sekolah dan guru dapat merancang pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada tahun 2021 akan datang dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan baik pasca berada dalam persekitaran yang baharu disebabkan pandemik Covid-19

Manakala bagi kegunaan ibubapa pula, mereka dapat merancang percutian keluarga yang mana ingin bercuti atau aktiviti lain.

Takwim persekolahan ini terbahagi kepada 2 Kumpulan :

Kumpulan A untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.




Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.




KPM juga telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2021.



Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

Peruntukan cuti tambahan tidak perlu diganti.

Catat Ulasan

4 Ulasan