Setiap kali kami sekeluarga ke kelantan, memang tak sah kalau kami tak singgah ke "KBB Burger & Steak" ni. Nak tahu kenapa kami sekeluarga sering singgah ke restoran KBB Burger & Steak bila ke Kota Bharu, Kelantan?
Jom Faiq kongsikan 4 sebab kenapa perlu singgah KBB Burger & Steak kalau berada di Kota Bharu, Kelantan dibawah.
Sebab Pertama : Service
Service di KBB Burger & Steak adalah antara yang terbaik yang pernah kami rasai. Dari pintu masuk hinggalah ke meja, layanan mereka memanglah sangat baik dan sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan kami. Soal servis mereka memanglah sangat professional. Kalau boleh diberi ranking, kami letak servis KBB Burger & Steak antara yang teratas dalam kalangan restoran yang pernah kami singgah.
Sebab Kedua : Makanan
Kalau nak cerita tentang makanan mereka, usah ditanya, semuanya sangat sedap. Restoran mereka mempunyai pelbagai pilihan menu yang simple tetapi memberikan rasa yang sangat luar biasa. Boleh dikatakan tidak puas kalau makan sikit.
Untuk yang kali pertama menjejakkan kaki ke KBB Burger & Steak, kami menyarankan untuk mencuba "Burger Double Meat Extreme" dan "Wagyu urger Double Mea Extreme". Setiap gigitan memang kita boleh rasai kesegaran daging premium yang digaul bersama rempah ratus.
Tetapi yang paling menarik semestinya Wagyu Burger. Kenapa? Mudah sahaja, patty ini menggunakan daging wagyu. Soal rasa, sememangnya sangat berbeza dengan daging yang biasa yang pernah kami cuba. Ianya sangat lembut dan rasanya memang lebih unik seolah-olah rasa lembu tetapi 5 kali lebih baik. Terbaik!!!!
Selain burger, mereka turut menyediakan pelbagai hidangan seperti pasta, main course dan steak. Soal pasta, bukanlah pasta biasa-biasa yang sering dihidangkan di restoran lain. Pasta disini memang lain dari yang lain especially pasta "Chicken Lemon Rosemary". Rasa rempah ratus yang digaul bersama pasta dan kemudian digaul pula bersama lemon sememangnya memberikan rasa yang unik apabila dimakan pula dengan ayam yang sangat juicy. Ini adalah "ONE OF THE BEST PASTA" yang pernah saya cuba.
Sebab Ketiga : Steak
Bila korang menjejakkan kaki ke restoran KBB Burger & Steak ni, benda pertama yang korang boleh nampak ialah chiller steak dan juga dryager. Sungguh banyak koleksi steak disini. Pada mulanya kami memang tak tahu nak pilih steak yang mana satu, tetapi staff disini sentiasa bersiap siaga untuk menerangkan kepada kami tentang steak.
Apa yang saya perasan, steak disini dijaga dengan sangat baik. Setiap steak disimpan di tempat khas bagi memastikan kesegaran dan kualiti steak tidak terjejas. Kalau tengos betul-betul, kita boleh namak struktur marbling yang begitu jelas yang hanya boleh dilihat pada steak yang fresh sahaja. Memang sangat berbaloi apabila mencuba steak disini!
Sebab Keempat : Environment
Sebab terakhir kenapa korang kena singgah ke KBB Burger & Steak ialah environment mereka sememangnya luar biasa. Dari jauh, retsoran mereka kelihatan berwarna hitam dan terpapar hanya logo KBB pada papan tanda. wuishh. Di dalamnya pula ternyala lampu bewarna kekuningan oren yang hanya kelihatan pada restoran eksklusif di barat dan bertemakan hanya hitam dan putih. Sememangnya memberikan feel yang sangat eksklusif.
Manakala dari segi dalam restoran ini pula, ianya dihiasi dengan cahaya ampu yang sedikit warm. Memang sesuai sangat buat korang yang menyukai selfie. Bila selfie je terus nampak eksklusif gambar korang. hehehehe
Benda yang paling menarik dekat restoran ni ialah, mereka mempamerkan ruang kitchen mereka untuk kami menyaksikan proses mereka memasak. Ruang kitchen mereka ni sangat clean yang membuatkan kami lebih teruja untuk menantikan makanan yang telah kami pesan.
Jadi bagi mereka yang bakal ke Kelantan, jangan lupa singgah ke restoran KBB Burger & Steak ni tau. Berikut saya sertakan peta restoran ini berada.
Untuk pengetahuan korang semua, restoran ini beroperasi setiap hari. Sabtu hingga Khamis restoran mereka buka bermula jam 12 Tgh Hari hingga 11 Malam. Manakala Jumaat, restoran mereka buka bermula jam 2.30 Ptg sehingga 11 Malam. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan meja, boleh hubungi 010-258 1001.
13 Ulasan
Nice sharing! Nanti kalau ada hari pergi Kelate, boleh try :)
BalasPadamNampak macam menyelerakan ni. Nak pergi tak lepas rentas negeri. Kalau dapat ke negeri Kelantan ni mesti singgah.
BalasPadamwahh sukanya sebab ada live kitchen tu! bila dengar bunyi steak dimasak atau dipanggang tu memang boleh terliur. hehe. burger tu pun nampak nice juga. teringin nak try Wagyu Burger Double Meat Extreme tu. Yummeh!
BalasPadamtengok steak tu dah dekat nak berbuka ni, telan2 air liur hahaa apa la jauh nauuuuu kedai ni.. teringin ni camnooo? haha
BalasPadamWaaa nanti boleh laa singgah ke sini kalau ke sana.. kalau tak memana pergi tak tau dan no idea nak makan mana.. nanti Sis share gan kawan di Kelantan..
BalasPadamNampak grand la restaurant nie dari luar. Memang mengundang pelanggan untuk singgah. Pastu nampak penjagaan steak dia tu memang elok.
BalasPadamYa ampun daging burger dia meriah betul. Nanti balik kelate nak singgah
BalasPadamBetul la! Nampak eksklusif kan tempat ni... menarik dan cantik lak tue, perghh! ni sure my favorite restoran kalau dekat ngan KB ni.. okay save dulu lokasi dalam map, ada rezeki ke KB,sure datang cuba yang ni..
BalasPadamThis looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day. cant wait to try this for myself
BalasPadamOkay kena masuk dalam list ni. haha nampak best tapi jauh pulak. takpe masuk dalam list dulu hehe. thanks for sharing
BalasPadamFuhhh best betul daging Dia. Duk dgr la pasal kbb ni tapi kena tgu boleh rentas negeri la gamaknya
BalasPadamTengok rupa kedia dah tahu yang ia sediakan burger terbaik dan juga patti semua dihasilkan sendiri mesti best besar dan tebal perhhh lama tak makan burger macam ni....jauh sangat
BalasPadamwoow....love all the food served, the burger, am so tempting to have a bite, will KIV this in my next KB trip "D cheers, siennylovesdrawing
BalasPadam