Kerja membersih dan mengemas telah menjadi salah satu tugas harian bagi ibu-ibu di rumah. Namun ianya bukan suatu perkara yang mudah kerana setiap permukaan di rumah kita berbeza dan memerlukan bahan pencuci dan pembersih rumah yang khusus. Mujurlah Faiq diperkenalkan dengan satu produk pembersih dan pembasmi kuman dari Ciera.
Sebelum Faiq cerita lebih lanjut tentang produk pembersih rumah dan pembasmi kuman dari Ciera ni, jom baca sedikit informasi tentang syarikat Ciera ni. Untuk pengetahuan semua, produk ini adalah keluaran Malaysia tau.
Latar Belakang Syarikat Ciera
Nature Profusion Sdn Bhd merupakan anak syarikat dibawah teknologi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) yang mengkomersialkan teknologi anti-MRSA dan merupakan pemenang anugerah produk berasaskan tumbuhan dan herba. Syarikat ini bermula dibawah Program Pembagunan Siswazah FRIM-MTDC (FMBioSis) sejak tahun 2009 dengan FRIM menyediakan teknologi dan kepakaran manakala MTDC pula memainkan peranan untuk membantu dari segi pembiayaan dan memberi latihan khusus kepada usahawan untuk berjaya dalam industri.
Produk Berasakan Bahan Semulajadi
Produk pembersih Ciera ini menggunakan bahan aktif semula jadi yang berasaskan tumbuhan yang unik untuk kerja membersih dan membasmi kuman. Teknologi ini diekstrak daripada campuran tumbuhan seperti Aloe Vera dan teh Hijau sebagai bahan aktif dan alternatif kepada penggunaan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan seperti Triclosan, Triclocarban, Hypochlorite, Chlorhexidine dan alkohol yang melebihi 70%.
Produk ini juga selamat digunakan dan mesra alam kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Paraben, SLS dan Pthalates. Produk Ciera ni juga mudah terbiodegradasi dan tidak kekal di alam sekitar. Ia juga terbukti membunuh 99.9% bakteria berbahaya seperti Escherichia coli, Aspergillus niger-mould dan Pseudomonas Aeruginosa termasuk kuman-kuman kebal antibiotic (MRSA & VISA).
Produk Ciera Mempunyai Sijil HALAL
Jenama Ciera mempunyai sijil Halal (JAKIM), SIRIM Eco Label, MyHijau Mark (Greentech Malaysia) dan dihasilkan oleh kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP). Matlamat utama syarikat ini adalah menjadi peneraju dalam industri antiseptik dan disinfektan berasaskan bahan semulajadi dan organik setanding dengan produk antarabangsa dan menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.
Senarai Produk Keluaran Ciera
1. Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant
2. Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant Spray
3. Ciera Eco-Friendly Hand Wash
4. Ciera Eco-Friendly Instant Hand Sanitizer
Combo Terbaik Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant & Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant Spray
Antara produk terlaris Ciera adalah Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant dan Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant Spray.
Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant (800ml pekat, nisbah pencairan 1 : 100) adalag pembersih pelbagai penggunaan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau busuk di rumah anda. Ia dapat membunuh 99.9% kuman termasuk Superbugs MRSA/VISA dan dapat melindungi anda daripada mikrob patogen. Ia sesuai digunakan di pelbagai permukaan seperti kain, kaca, keluli kayu dan sebagainya. Ia diformulasikan dengan kepekatan tinggi iaitu 1:100. Hanya perlu campurkan satu penutup (30ml) ke dalam 3L air untuk cucian dan membasmi kuman tanpa perlu dibilas. Selain itu, ia juga tidak merengsa kulit, tidak bertoksik dan selamat digunakan.
Produk ini juga didatangkan dengan 3 haruman iaitu Lavender, Pine dan Floral. Air lebihan daripada cucian, boleh digunakan untuk menyiram pokok kerana ianya selamat dan telah terbukti akan terdegradasi dalam masa 14 hari di persekitaran.
Manakala Ciera Eco-Friendly Multi Purpose Disinfectant Spray (500ml, siap digunakan) pula adalah semburan pelbagai guna yang telah dicairkan untuk membersih, membasmi kuman dan menghilangkan bau. Semburan ini selamat digunakan pada pelbagai permukaan seperti perabot, sofa, dapur, mainan dan tingkap. Tidak perlu dibilas dan bebas dari Triclosan, tidak bertoksik dan mesra alam. Ianya telah terbukti dapat menghilangkan kesan minyak dan kotoran dipermukaan dapur.
Pencuci Tangan Ciera Eco-Friendly Hand Wash
Ciera Eco-Friendly Hand Wash (500ml) dapat melindungi tangan anda dengan menggunakan pencuci tangan yang berasal daripada bahan aktif botani dan terbukti boleh membunuh 99.9% mikrob dan patogen. Ia bersifat hipoallergenik yang diuji secara dermatologi dan sesuai untuk kulit sensitif. Ia juga tidak merengsa kulit dan bebas daripada Triclosan, Paraben dan SLS. Di samping itu, ia didatangkan dengan haruman oren dan terbukti mudah terbiodegradasi.
Ciera Junior Natural Hand Sanitizer Mudah Dibawa Kemana Sahaja
Ciera Junior Natural Hand Sanitizer (30ml) adalah antiseptik yang unik dan selamat yang diformulasi khas mengguakan bahan berasaskan tumbuhan daripada teknologi AntivaTM yang berupaya membunuh 99.9% bakteria, kulat dan virus dalam beberapa saat. Ia mesra kepada kulit kanak-kanak dan bebas daripada Triclosan, Paraben serta tidak perlu dibilas. Produk ini mempunyai dua haruman iaitu Fruity dan Fantasy.
Dimana Boleh Mendapatkan Produk Pembersih Ciera?
Produk Ciera boleh didapati di pelbagai pasaraya seluruh Semenanjung Malaysia seperti Tesco, Malakat Mall, Malakat Grocer, Sabasun Hyperruncit dan platform dalam talian seperti Shopee, Dukkan Kita dan eRomman.
Syarikat ini juga membekalkan produk untuk industri pencucian Malaysia seperti Kontraktor Perkhidmatan Pembersihan (Petronas, Global Globe (M) Sdn Bhd, RHEA dan CuciMuci), Majlis Bandaraya dan Institut Penyelidikan (FRIM, MBMB, MPSJ dan SIRIM), Pejabat, kilang, sekolah-sekolah dan makmal (MTDC, NEO PRAGMATIK SDN BGD, SECRET BARN SDN HD & POLY XTRACT SDN BHD) dan Pusan Perkhidmatan Subaru. Ciera juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk penggunaan hospital sebagai pembekal pencuci disinfektan tahap rendah.
Untuk Maklumat Lanjut Boleh Hubungi
NATURE PROFUSION SDN BHD
Blok C-G-TG-1 FRIM-MTDC
Technology Centre II.
Forest Research Institute Malaysia (FRIM)
Kepong, Selangor.
Telefon : 03-62625776
Website : www.ciera.my
Facebook : https://www.facebook.com/ciera.my/
Instagram : https://www.instagram.com/ciera.my/
Shopee : https://shopee.com.my/ecociera
14 Ulasan
Menarik packaging dia...nampak exclusive dengan menggunakan semua bahan- bahan naturak dan botani kan..kita kena support product tempatan ni
BalasPadamMenarik packaging dia...nampak exclusive dengan menggunakan semua bahan- bahan naturak dan botani kan..kita kena support product tempatan ni
BalasPadamBagus produk Ceira ni sebab bahan-bahan dia dari sumber semulajadi dan selamat digunakan. Packagingn nya pon menarik. Tak pernah try pagi produk ni.
BalasPadamtak pernah dengar lagi brand ni, bagus ada multipurpose disinfectant, bahan2 pun natural rasa lebih selamat guna
BalasPadamcomel nama nyer. ciera :)
BalasPadammolek la ni. ingredients semulajadi. halal. memang sesuai sgt la dgn kita. takde ragu2. terutama hand sanitizer tu. something important dah sekarang. anywhere everywhere mesti ada :)
Ok. Rawlins nampak ada dalam Shopee - itulah 'mall' yang paling kerap Rawlins shopping semenjak zaman Covid nie. Selamat dan mudah. Nie nak tambah hand sanitiser - thanks recommend ye
BalasPadamWahh lepas ni rajin lah mengemas dan mencuci rumah yer hehehe ada peralatan dan juga kelengkapan macam ni mudah selamat dan diyakini tu yang best. Maha memang selalu cuci rumah time-time pandemik banyak mudah merebak ni...
BalasPadamBagus ni siap ada sijil halal yaaa.. boleh gunakan tanpa was-was, kalau tak biasa beli tak tengok plak jaminan halalnyaa adeiii
BalasPadamBgus.. Akak mmg suka beli cleaning things... Satu kepuasan gitu bila cleaning guna menda2 ni.. Rasa confident
BalasPadamTak pernah try lagi produk Ciera ni . Tapi rangkaian produk dia menarik jugak. Nanti nak try bila stok kat rumah habis. Siap ada sijil halal..serius dengan yakin nak order tau
BalasPadamTak pernah try lagi brand ni. Macam boleh try je sebab guna bahan semulajadi and siap ada halal lagi. Barang keperluan macam ni tak rugi beli sebab memang guna.
BalasPadamharus jaga kebersihan lebih ketat lagi semenjak covid 19 merangkak naik
BalasPadammakin mudah la lepas ni kan hehe
BalasPadamsalam perkenalan n stay healhty ^^
❣️
BalasPadam