Setiap negara diarahkan untuk menghantar 5 orang peserta terhebatnya bagi beraksi di pentas D'Academy Asia 6 ini. Para peserta akan bertanding dengan membawakan lagu bergenre Dangdut & Irama Melayu. Bukan itu sahaja, setiap negara juga menghantar akan wakil yang ahli dalam bidang muzik dan seni persembahan untuk menjadi Komentator & Juri pertandingan.
Setiap negara juga akan menghantar seorang mentor untuk menjadi komentator di D'Academy Asia 6. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Dewi Perssik (Indonesia), Nassar (Indonesia), Denada (Indonesia), Fildan (Indonesia), Reza Zakrya (Indonesia), Selfi Yamma (Indonesia), Rojer Kajol (Malaysia), Sheer Angullia (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Ammy Fara (Thailand), Maria Victoria (Timor Leste), Hannah Precillas (Filipin) dan Siti Rahmawati (Turkiye). Manakala untuk barisan juri pula ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Zul 2by2 (Malaysia), Man Tabla (Malaysia), Kun Yee (Thailand), Surachat Rak (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho Marcal (Timor Leste), Gino Padila (Filipin), Cem Juneet Perk (Turkiye) & Vehbi Can (Turkiye).
D'Academy Asia 6 ini akan dipandu oleh 5 orang pengacara dari 3 buah negara iaitu Ramzi (Indonesia), Irfan Hakim (Indonesia), Gilang Dirga (Indonesia), Uyaina Arshad (Malaysia) & Jirayut (Thailand). Program ini akan mula ditayangkan pada 18 Jun 2023 jam 19.00WIB (8.00pm) hanya di Indosiar dan Vidio.com .
Maklumat Tambahan : Uyaina Arshad Menangis Di Pentas D'Academy Asia 4
Terdahulu, Shiha Zikir telah mendapat gelaran Juara 3 di D'Academy Asia musim pertama pada tahun 2015 dan Zam Ryzam juga telah mendapat gelaran Juara 3 di D'Academy Asia musim keempat pada tahun 2018.
Maklumat Tambahan : Zam Ryzam Banggakan Malaysia Di Indonesia
1 Ulasan
Menarik. Tak pernah dengar realiti show ini. Baru tahu Shiha Zikir pun juara yang lepas utk show ini.
BalasPadam