Kadar Zakat Mengikut Negeri di Malaysia & Platform Pembayaran Atas Talian 2023/1444H

 


Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang adalah maksud zakat dari segi bahasa, manakala menurut syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Seperti kita ketahui Zakat Fitrah adalah kewajipan fardu ain ke atas semua orang Islam dan ia dilaksanakan pada Bulan Ramadan untuk membersihkan serta menyucikan jiwa kita.

Seiring dengan teknologi di hujung jari, proses dan cara kita melaksanakannya juga menjadi lebih mudah dan cepat. Jika daulu kita membuat bayaran kepada wakil yang dilantik. Kini ia boleh dilakukan secara dalam talian menerusi pelbagai saluran terpilih yang lebih memudahkan pengguna dan menjimatkan masa.

Berikut saya senaraikan pelbagai saluran dan platform yang boleh digunakan untuk proses pembayaran Zakat bagi tahun 2023/1444H. Kadar Zakat mengikut negeri di Malaysia untuk tahun 2023 juga saya senaraikan di bawah :

  • Selangor - RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
  • Johor - RM7.00 | RM13.00
  • Kedah - RM6.50 | RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
  • Kelantan - RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
  • Terengganu - RM8.00 | RM10.00 | RM24.00
  • Melaka - RM7.00 | RM14.00
  • Negeri Sembilan - RM7.00 | RM10.00 | RM21.00
  • Pahang - RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
  • Perak - RM7.00 | RM14.00 | RM21.00
  • Perlis - RM7.00
  • Pulau Pinang - RM7.00 | RM13.00 | RM20.00
  • Sabah - RM7.00
  • Sarawak - RM7.00
  • Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan - RM7.00 | RM14.00 | RM21.00


PLATFORM APLIKASI / eWALLET

1. Aplikasi Boost



Cara Penggunaan :

Langkah 1 - Buka aplikasi Boost & klik pada ikon "More"
Langkah 2 - Cari "Zakat Collection" di bahagian Community Services
Langkah 3 - Pilih organisasi & masukkan butiran peribadi
Langkah 4 - Pilih harga beras & masukkan bilangan kapasiti untuk pembayaran
Langkah 5 - Klik "Pay Zakat" dan masukkan nombor PIN bagi meneruskan transaksi

Senarai Negeri Disokong : Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sabah & Negeri Sembilan

2. Aplikasi GoPayz



Cara Penggunaan :

Langkah 1 - Buka aplikasi GoPayz 
Langkah 2 - Cari ikon "Zakat" di bahagian Islamic Services
Langkah 3 - Pilih organisasi & jenis zakat, diikuti tahun, kadar bayaran dan kapasiti tanggungan
Langkah 4 - Lafaz akad bayar zakat yang tertera bagi melengkapi rukun Zakan Fitrah & transaksi.

Senarai Negeri : Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak.

3. Aplikasi/Portal MyEG



Cara Penggunaan :

Langkah 1 - Buka laman sesawang rasmi MyEG & log masuk
Langkah 2 - Klik "Zakat" diikuti dengan pemilihan organisasi
Langkah 3 - Klik "Zakat Payment" dan lengkapkan maklumat penting diminta.
Langkah 4 - Teruskan & ikuti langkah yang selanjutnya sehingga selesai


Senarai Negeri Disokong : Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah, Sarawak & Pulau Pinang

4. PayHalal


Cara penggunaan :

Langkah 1 - Pergi ke laman web PayHalal
Langkah 2 - Pilih pusat zakat & jenis zakat
Langkah 3 - Lengkapkan maklumat yang diperlukan
Langkah 4 - Baca "Niat" tersedia dan klik pada kotak nota untuk pengesahan
Langkah 5 - Pastikan maklumat adalah benar. Kemudian, pilih cara pembayaran

Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Kelantan & Kedah

5. Aplikasi Pos Online


Cara penggunaan :

Langkah 1 - Pergi ke laman web POS Online
Langkah 2 - Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar akaun dahulu
Langkah 3 - Log masuk dengan ID dan kata laluan anda
Langkah 4 - Pilih "Open Bill Payment" dan pilih agensi zakat dikehendaki
Langkah 5 - Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
Langkah 6 - Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang "Add to Cart"
Langkah 7 - Tekan butang "Proceed to Checkout" sekiranya anda sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
8. Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia dan tekan butang "Submit"

Senarai Negeri : Selangor & Kuala Lumpur

6. Aplikasi MAE


Cara Penggunaan :

Langkah 1 - Tekan "Pay Bills" di halaman utama MAE
Langkah 2 - Cari ikon "Zakat" dan pilih organisasi serta jenis zakat
Langkah 3 - Pilih jenis beras dan jumlah tanggungan
Langkah 4 - Masukkan nombor telefon & semak butiran penting sebelum meneruskan transaksi

Senarai Negeri Disokong : Perlis, Kedah, Selangor, Terengganu, Perak, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, Sabah, Sarawak & Pulau Pinang

7. Aplikasi TheNoor


Cara Penggunaan :

Langkah 1 - Buka aplikasi TheNoor
Langkah 2 - Cari ikon "Zakat" diikuti dengan pilih organisasi & jenis zakat
Langkah 3 - Lengkapkan maklumat penting diminta
Langkah 4 - Semak butiran & lafaz bayar zakat tertera
Langkah 5 - Pilih jenis pembayaran bagi meneruskan transaksi

Senarai Negeri Disokong : Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan & Kelantan.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sekarang dah senang dah bayar zakat. Boleh buat online. Senang jimat masa. Terima kasih info sahabat.

    BalasPadam