Tiada Aedes Tiada Denggi !

Semenjak beberapa hari ini, di kawasan perumahan yang saya tinggal sering berlaku semburan kabus (foging). Hal ini kerana, individu itu terkena demam denggi. Korang tahu tak, demam denggi ini sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan orang awam. Demam denggi paling bahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian seseorang individu di kebanyakan neagara. Demam denggi dibawa oleh nyamuk AEDES.
 
NYAMUK AEDES

Nyamuk aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasa dijumpai di kawasan tropika. Nama nyamuk ini diperoleh dari perkataan Greek aedes, yang membawa maksud "tidak menyenangkan". Antara ciri-ciri nyamuk aedes ialah, seuru badannya bewarna hitam putih. Nyamuk ini sentiasa menggigit pada awal pagi dan petang. Ia mampu terbang sejauh 100 meter.
sumber gambar : Google Image
Tempat pembiakan nyamuk aedes
Dalam Rumah :
  1. Akuarium
  2. Perangkap semut
  3. Timba
  4. Kolam (Kolah) mandi
  5. Tempat air peti sejuk
  6. Tempayan
Luar Rumah :
  1. Tayar buruk
  2. Tempurung kelapa
  3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
  4. Salur air hujan
  5. Tempayan
  6. Pokok pisang
  7. Pokok keladi
  8. Longkang yang tersekat
  9. Tangki septik (terdedah)
Marilah sama-sama menghapuskan denggi di rumah kita. Demam denggi boleh membawa maut. Banyak cara pencegahan yang boleh kita buat. 



"TIADA AEDES TIADA DENGGI"


Catat Ulasan

0 Ulasan