Papa J Meninggal Dunia Malam Tadi


Hilang lagi seorang penyanyi di dalam industri muzik tanah air.

Jamal Manap atau lebih dikenali sebagai Papa J meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi akibat pendarahan dalam kepala.

Jamal meninggal dunia pada jam 9.50 malam di sisi keluarganya. Dahulu, Jamal ditemui tidak sedarkan diri di depan pintu bilik air di rumahnya di Taman Kosas Ampang pagi semalam.

Jamal yang dikenali sebagai Papa J pernah menganggotai Asiarasa bersama seorang lagi penyanyi iaitu Khalid Ahmad. Mereka bernaung di bawah Ciku Records. Papa J juga adalah salah seorang ahli Bintang Dangdut Malaysia.

Persatuan Bintang Dangdut Malaysia juga turut merasa kehilangan salah seorang ahli yang sangat baik dan selalu memberi nasihat.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Innalillahiwainnailaihirojiun. Arwah nie kalau tak silap selalu nampak dekat GV.

    BalasPadam
  2. Ya betul tu, selepas ini tiada lagi kelibat beliau di Gegar Vaganza.

    BalasPadam