Resepi : Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

Resepi kali ini sangat simple dan senang untuk dilakukan tetapi rasa coklat pekat ditambah cheese membuat terliur apabila melihatnya. 


Bahan Cheese
  1. 250 gram cream cheese
  2. 60 gram gula halus
  3. 1 sudu tepung gandum
  4. 1 biji telur
  5. 1 sudu besar air

Cara penyediaan
  • Pukul cream cheese bersama gula halus
  • Selepas itu masukkan telur, tepung gandum dan air. Kemudian pukul dan gaul sehingga sebati.
  • Biarkan sekejap.

Bahan Kek
  1. 3 sudu besar serbuk koko 👍
  2. 1 sudu kecil baking soda 👍
  3. 1 cawan tepung gandum 👍
  4. 1/2 sudu kecil baking powder 👍
  5. 2 biji telur
  6. 1 sudu kecil esen vanilla
  7. 1 cawan gula halus
  8. 1/2 cawan minyak masak/jagung
  9. 1/2 cawan susu cair
  10. 1/2 cawan air didih
  11. sedikit garam

Cara Penyediaan
  • Semua bahan yang bertanda 👍 dicampurkan.
  • Sediakan bekas berlainan untuk memukul telur bersama gula sehingga kembang. Setelah kembang masukkan esen vanilla dan garam.
  • Masukkan susu, minyak dan air panas. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Gaul sehingga sebati.

Cara Membuat Kek Coklat Lapis Cheese
  • Panaskan pengukus dan balut dengan kain pada penutupnya. Gunakan api sederhana sahaja.
  • Sapukan sedikit minyak masak atau margerin di sekeliling bahagian loyang dan alas dengan kertas minyak. kemudian tuang adunan coklat dan tutup loyang dengan aluminium foil. kukus selama lebih kurang 20 minit.
  • Buka aluminium foil. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula gunakan aluminium foil dan kukus kembali selama lebih kurang 15 minit.
  • Selepas itu tuang adunan coklat selebihnya dan tutup lagi menggunakan aluminium foil. Kukus kembali lebih kuran 20 minit.
  • Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk. 
  • Potong dan hidangkan.

Resepi ini saya dapat dari Blog Blogopsi .

Catat Ulasan

8 Ulasan