Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan sedikit Panduan Sebelum Menghadapi Peperiksaan. Mudah-mudahan dengan panduan ini anda akan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin.
Sehari sebelum peperiksaan
1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan yang lepas.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah diingati.
4. Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada hari esoknya.
Semasa hari peperiksaan
1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.
2. Jangan lupa untuk bersarapan.
3. Pastikan anda membawa :
a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c) Slip peperiksaan
4. Salam dan cium tangam ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.
5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
Di dewan/kelas peperiksaan
1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda.
2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa, jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.
Selepas peperiksaan
Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
0 Ulasan