SPM Sudah Habis!!!

Alhamdulillah saya telah menyelesaikan sesi persekolahan bagi tahun 2017 setelah 5 tahun sebagai pelajar sekolah menengah. Dalam masa 5 tahun, 2 sekolah menuntut ilmu. Awal persekolahan saya di tingkatan 1 bermula di SAM Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar sehingga Tingkatan 3. Memasuki Tingkatan 4 saya telah berpindah ke SMK Sungai Besar sehingga ke tingkatan 5.

Entri kali ini saya akan meletakkan gambar-gambar pada hari terakhir saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas tamatnya kertas 2 Perdagangan pada 4.30 p.m 23 Nov 2017 bersamaan hari Khamis yang telah lama saya nantikan. Selepas sahaja peperiksaan tamat, saya berasa lega kerana telah melewati peperiksaan yang menentukan hala tuju saya untuk masa depan.

Ini gambar ketika tamat kertas 1 Perdagangan

Saya akan merindui semua rakan yang telah saya kenali di SMK Sungai Besar sejak tahun 2016. Saya akan merindui gelagat mereka di dalam kelas atau di luar kelas. Semoga selepas ini dapat berjumpa kembali di saat mengambil keputusan SPM pada tahun hadapan.

Semua Pelajar Kelas 5 Reka Cipta

Pada tahun ini saya diberi tanggungjawab untuk mempin kelas 5 Reka Cipta. Saya ucapkan terima kasih kepada penolong ketua kelas iaitu Farah Bt Rosli yang telah membantu saya dalam menjalankan semua tanggungjawab dan ketika saya cuti accident.

Ketua Kelas & Penolong Ketua Kelas 5 Reka Cipta

Thank you everyone who entered in my life. Tipulah kalau tiada yang annoying dan menyakitkan hati, tapi when time goes on, all of it becomes a memory that surely, I'll missed it. Thank you sebab sabar dengan karenah aku yang korang sendiri tahu. All i want to create memories and cherish up the moments even though sometimes annoying. Terima Kasih juga kepada semua guru yang telah mendidik dan tak jemu melayan karenah saya di sekolah.

May Allah bless us, and strengthen our bond every single day. Good luck to start a new phase about a real life. I Love you all. I will miss you all.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Congrats Najmi sebab dah habis SPM. Teruskan lagi perjalanan :)
    Jangan berhenti belajar. Umur berapa berapa pun, kalau ada keinginan nak belajar, jangan sekat. Fighting!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, inshaallah saya akan terus belajar dan belajar.

      Padam