Shiha Zikir Berduet Bersama Raja Dangdut Indonesia - Faiq Najmi

01 February 2018

Shiha Zikir Berduet Bersama Raja Dangdut Indonesia


Pada tanggal 30 Januari 2018 yang lalu, pihak Indosiar telah mengadakan satu acara untuk meraikan hari ulang tahun Indosiar yang ke 23 tahun dan membuat satu konsert untuk Raja Dangdut Indonesia iaitu Konser Luar Biasa Vol 2 Bergadang Bersama Rhoma Irama. Rhoma Irama atau lebih mudah disapa sebagai Pak Haji ialah seorang yang dikenali sebagai Raja Dangdut oleh semua rakyat Indonesia mahupun Asia. Acara tersebut menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dangdut seperti Ikke Nurjanah dan Erie Suzan, malah acara tersebut dimeriahkan lagi oleh para alumni-alumni D'Academy & D'Academy Asia. Antara alumninya ialah, Reza, Putri, Weni, Irwan, Subro, Danang dan alumni D'Academy Asia 1 dari Malaysia iaitu Shiha Zikir. 

Shiha Zikir Di Jemput Sebagai Artis Undangan



Shiha Zikir telah diundang oleh pihak Indosiar untuk menjadi salah seorang artis undangan untuk memeriahkan lagi Konser Luar Biasa Vol 2 Bergadang Bersama Rhoma Irama. Shiha telah membawakan pelbagai lagu untuk menghiburkan para penonton antaranya lagu Jera secara solo dan lagu Hatimu Hatiku secara berduet bersama salah seorang alumni D'Academy Asia 3 iaitu Reza DA2.

Shiha Berduet Bersama Raja Dangdut Indonesia Rhoma Irama


Sudah sekian lama berhasrat ingin berjumpa dengan Raja Dangdut Indonesia Pak Haji Rhoma Irama, akhirnya hasrat Shiha Zikir telah tertunai pada konsert tersebut. Shiha menjadikan moment ini sebagai salah satu moment paling indah dalam hidupnya. Shiha juga sempat berkongsi cerita pada Pak Haji Rhoma Irama dan berasa sebak apabila pertama kali berjumpa dengan beliau. Menurut Shiha Pak Haji Rhoma Irama ialah salah satu artis yang diminati oleh arwah abahnya, malah Shiha berkata "Kalaulah arwah masih ada, confirm dialah orang yang ada dengan Shiha waktu Konsert" caption Instagram Shiha Zikir. Bukan sahaja dapat berjumpa, malah Shiha juga dapat berduet bersama Pak Haji Rhoma Irama di atas satu pentas yang sama. Shiha berduet membawakan lagu "Do Mi Sol"


2 comments:

@way2themes