10 Artis BBNU Bakal Berentap Di Big Stage - Faiq Najmi

24 July 2018

10 Artis BBNU Bakal Berentap Di Big Stage


Baru-baru ini pihak astro telah melancarkan satu sidang media memperkenalkan 10 Artis Baru yang bakal berentap di atas satu pentas dalam program terbaru yang berkonsepkan "Realiti" iaitu Big Stage. Program ini bertujuan untuk memberi platform kepada Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) yang memiliki daya juang yang tinggi untuk membawa karya yang selama ini hanya dipertontonkan menerusi alam maya ke alam selebriti yang sebenar.

Seramai 10 orang artis BBNU akan berentap di pentas "Big Stage" yang terdiri 5 Orang artis lelaki dan 5 orang artis wanita. Program ini akan berlangsung selama 8 minggu untuk musim pertama.

Peserta lelaki terdiri daripada Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Ariff Bahran, Syafiq Farhain dan Tajul. Manakala peserta wanita terdiri daripada Baby Shima, Wanie Kayrie, Fara Hazel, Sissy Iman dan Sarah Suhairi.

Dua ikon tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir telah dilantik sebagai juri tetap rancangan ini. Sementara itu, setiap minggu terdapat seorang juri jemputan yang diundang khas untuk menilai persembahan para peserta setiap minggu.

Pengacara yang akan mengacarakan sepanjang program ini adalah Aliff Satar dan Sherry Alhadad. Manakala bakat baru, iaitu Eyra Hazali dan Harris Anuar akan menjadi pengacara "Live Plus Big Stage" di Youtube.

Rancangan ini akan mula ditayangkan secara langsung pada 5 Ogos 2018, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

So tunggu apa lagi, meh share korang fans kepada artis siapa? 


7 comments:

  1. Wow mcm ala ala AF la eh. Kalau syiok boleh la layan huhu.

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-review-mereka-by-ariff-adly.html

    ReplyDelete
  2. Dalam kesemua 10 artis yang disenaraikan Najihah kenal Tajul je. Baru rasa macam "eh, Najihah ini ketinggalan ke apa hahaha"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takpe takpe, nanti tengok program ni tak keringgalan dh..

      Delete
  3. wowww! Tak sabar nak tengok performance setiap artis! This is great :D

    ReplyDelete
  4. not my kind of program so it's a no for me

    ReplyDelete

@way2themes