Gegar Vaganza 5 Bakal Membuka Tirainya Tidak Lama Lagi


Pada 19 September 2018 telah berlangsungnya sidang media khas untuk memperkenalkan 12 orang penyanyi yang bakal beraksi di pentas Gegar Vaganza musim ke 5 tidak lama lagi. Kali ini Gegar Vaganza 5 tampil dengan sedikit perubahan baru yang membawakan penyanyi Group, Duo dan Solo sebagai peserta.

Seperti mana yang anda tahu, sebelum ini Gegar Vaganza telah ditaja oleh "Qu Puteh" by Dato Seri Vida selama 4 musim. Manakala musim kali ini, penaja utama Gegar Vaganza musim ke 5 adalah "D'Herbs Terlajak Laris" by Dato Seri Aliff Syukri dan "Adabi" sebagai penaja bersama.

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Kelima

1. Elite (Group)


Lagu Popular : G.I.G

2. Forteen (Group)


Lagu Popular : Berdua Bersatu

3. Billy Zulkarnain (Duo)


Lagu Popular : Hati Terluka

4. Hetty Sarlene (Solo)


Lagu Popular : Rindu Aku Rindu

5. Amelina (Solo)


Lagu Popular : Rindu

6. Farawahida (Solo)


Lagu Popular : Tanpamu

7. Dia Fadila (Solo)


Lagu Popular : Aku Masih Setia

8. Safura Yaacob (Solo)


Lagu Popular : Sedalam Mana Cintamu

9. Noryn Aziz (Solo)


Lagu Popular : Fantasi o Realiti

10. Maya (Solo)


Lagu Popular : Matahari

11. Shafie Rio (Solo)


Lagu Popular : Layu Di Hujung Mekar

12. Zamani (Solo)


Lagu Popular : Gerimis Mengundang

Tahun ini Gegar Vaganza 5 masih mengekalkan dua orang pelawak terkenal iaitu Nabil Ahmad & Jihan Muse sebagai pengacara. Manakala untuk juri pula, Dato Ramli MS dan Dato Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan seorang juri jemputan akan hadir setiap minggu.

Gegar Vaganza musim Kelima bakal bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) & Ria HD (123) pada 30 September 2018 jam 9.00 malam setiap hari Ahad.

Jom kongsikan artis yang anda nanti-nantikan persembahannya.

Catat Ulasan

6 Ulasan