Konsert Fenomena D'Pop Bakal Menghiburkan Jumaat Anda

Sebuah konsert yang akan mengumpulkan beberapa penyanyi popular era 70an-90an dari dua genre yang berbeza iaitu Pop dan Dangdut bakal menggegarkan Jumaat anda tidak lama lagi. Konsert ini akan diadakan pada 28 September 2018 bersamaan hari Jumaat bermula jam 8.30 malam bertempat di Dewan Banquet Menara FELDA, Kuala Lumpur. Seramai 9 orang penyanyi popular yang akan menghiburkan anda seperti Dato' M.Daud Kilau, Dato' Nassier Wahab, Dato' Jamal Abdillah, Zamani, Rohana Jalil, Zur Eda, Siti Nordiana, Amelina dan Haiza.


Konsert ini buat julung kalinya di anjurkan oleh Wide Lane Event & Management itu, dijadualkan akan berlangsung selama 3 jam tanpa henti. Konsert ini menggabungkan 2 genre iaitu Dangdut & Pop. Peminat-peminat yang hadir ke konsert malam tersebut akan dihidangkan oleh D'Saji untuk makan malam. Selain itu, konsert ini juga akan dihostkan oleh penyampai radio terkenal KoolFM iaitu Muaz.



Menurut Pengarah Stratergik Wide Lane Event & Management, pihaknya akan memastikan kosert pada malam tersebut akan berjalan dengan lancar. Selain itu,  sebahagian kutipan dari jualan tiket konsert tersebut akan disalurkan ke tabung dana Majlis Kanser Malaysia (MAKNA).

Tiket konsert telah dijual oleh wakil jualan di Dewan Kach'e yang beralamat di NO 36, Jalan Serendah 26/41, Sekitar 26, Seksyen 26, 40400 Shah Alam. Tiket dijual dengan harga yang berpatutan bermula dari RM1000 untuk Platinum, RM500 untuk Gold, RM300 untuk Silver dan RM200 untuk Emerald.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 019-3977830 atau semak maklumat dibawah:

Facebook: https://web.facebook.com/konsertfenomenadpop/
Instagram: https://www.instagram.com/fenomenadpop/
Twitter: https://twitter.com/fenomena_d
Email: fenomenaoiii.18@gmail.com

Jangan lupa dapatkan tiket dengan segera dan jangan lepaskan peluang untuk anda dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi popular sepanjang zaman.

Catat Ulasan

1 Ulasan