5 Artis 90an Muncul Kembali Dengan Album Kompilasi 5 Suara Artis 90an



Penyanyi 90an seperti Azie Mustapha, Adilla, Mac Ruhayu, Haslinda dan Norlie Tamam tidak asing lagi di telinga para peminat lagu - lagu 90an. Mereka pernah popular suatu ketika dahulu sehingga lagu mereka pernah menjadi OST drama. Lama-kelamaan mereka mula menghilangkan diri di sebabkan oleh kemunculan artis-artis baharu dan genre muzik modern masa kini.

Sudah sekian lama menghilangkan diri, kini mereka kembali di industri muzik tanah air dengan album kompilasi yang diberi nama "5 Suara Artis 90an" untuk mengubat rindu para peminat. Sebanyak 4 buah lagu hasil ciptaan Rosli Ahmad dan sebuah lagu hasil ciptaan Redzuan Zaizi dan liriknya oleh Andy Sulaiman.

Senarai Lagu Album "5 Suara Artis 90an"

1. Anganku Terhenti Disini - Azie Mustapha



2. Moga Kau Mengerti - Mac Ruhayu



3. Ku Masih - Haslinda



4. Dimana Dia - Adilla Idris



5. Pendam Rasa - Norlie Tamam



Album kompilasi ini bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu pada 8 Disember 2018 (Sabtu) di D'Angsana Hotel, Johor Bahru pada jam 7.30 malam dalam majlis "Makan Malam Bersama Artis - Artis 90an". Bagi peminat yang ingin memeriahkan lagi majlis makan malam tersebut anda boleh mendapatkan tiket masuk dengan harga RM 80 (per pax) dari Puan Yati di talian (017-7615 186). Tempat adalah terhad.



Untuk makluman kepada semua peminat, Album ini tidak diedarkan dimana-mana wakil pengedar atau kedai-kedai CD. Pada yang ingin membeli atau mendapatkan CD album ini anda boleh terus "Direct Messages" ke akaun personal IG artis-artis terlibat dengan harga serendah RM 26 tidak termasuk postage. Pastikan anda mendapat CD yang original.

Catat Ulasan

0 Ulasan