Cara Berniaga Air Balang Di Bazaar Ramadhan

Memandangkan bulan suci Ramadhan dah tak lama lagi, ada yang bercadang nak buat side income dengan jual air balang di bazaar ramadhan? 

Bisnes air adalah antara yang paling mudah di bazaar Ramadhan, tetapi boleh menjadi hambar apabila anda tidak tahu bagaimana menarik perhatian pelanggan untuk membeli air anda. Kebiasaannya minggu pertama puasa, pengunjung bazaar Ramadhan akan mencuba rasa juadah dan air bagi setiap gerai yang berbeza-beza.

Ini kerana untuk mencari nilai dan kepuasan mereka untuk berbelanja bagi juadah berbuka puasa. Maka peniaga yang betul-betul ikhlas dan bijak menarik minat pelanggan atau promosi berpeluang untuk mendapatkan pelanggan setia dan berulang kali hingga ke akhir Ramadhan.

Cara berniaga air di bazaar Ramadhan tidaklah sesusah mana. Tidak pernah saya lihat ada beberapa gerai yang kurang mendapat jualan dan ada gerai yang tidak cukup tangan untuk melayan pelanggan. Hanya anda perlu tahu bagaimana menarik minat pelanggan sahaja untuk mendapatkan jualan.

Jenis - Jenis Air Balang Yang Popular


Antara jenis air balang yang popular pada bulan Ramadhan:

- Air Tebu
- Air Kelapa
- Air Cendol
- Air Koktail
- Air Jambu Asam Boi
- Air Katira
- Air Selasih
- Air Teh Bunga
- Air Mata Kucing
- Air Jangung
- Air Tembikai
- Air Tembikai Susu
- Air Mangga

Cara Berniaga Air Di Bazaar


Rahsia apabila anda menjadi seorang peniaga ialah kejujuran diri sendiri dan keikhlasan. Jika anda melihat peniaga lain menjual air dengan harga RM3 dan bungkusannya lebih besar mengapa anda mahu menjualnya dengan harga sama tetapi bungkusan yang lebih kecil?

Niatkan dalam hati berniaga air bukan kerana untung semata-mata tetapi bagi memudahkan orang berbuka dan hilangkan dahaga mereka ketika waktu berbuka.

Jika anda ingin mengetahui tentang selok-belok memulakan bisnes air balang, anda boleh mendapatkan info lengkap di website Bisnes Air Balang .


Catat Ulasan

2 Ulasan