Big Stage 2020 kini kembali dengan menampilkan 12 penyanyi "Budak Baru Nak Up" (BBNU). Musim kali ini mengangkat tema "Dominasi BBNU Norma Baharu" yang akan berlangsung mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan berikutan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).
Menurut Pengurus Saluran Astro, kalini Big Stage mengambil artis-artis yang mempunyai pengalaman dalam program realiti TV yang lain. Edisi kali ini juga tidak disertai oleh penyanyi dari luar negara seperti sebelum ini. Antara 12 penyanyi yang bakal berentap di Big Stage 2020 bermula 16 Ogos ini ialah :
1. Nana Sheme (Biodata Penuh)
2. Azzam Shah (Biodata Penuh)
3. Usop (Biodata Penuh)
4. Qody (Biodata Penuh)
5. Farisha Iris (Biodata Penuh)
6. Fadh Majid (Biodata Penuh)
7. Hafiz Zainal (Biodata Penuh)
8. Sandra Dianne (Biodata Penuh)
9. Yamani Abdillah (Biodata Penuh)
10. Hanie Soraya (Biodata Penuh)
11. Dinie Rashid (Biodata Penuh)
12. Amir Hassan (Biodata Penuh)
Big Stage musim ketiga ini akan menampilkan 3 ikon muzik tanah air iaitu Faizal Tahir, Dayang Nufaizah dan Ajai sebagai juri tetap. Manakala, juri jemputan profesional juga akan diundang bergilir-gilir untuk setiap minggu bagi mengadili para peserta.
Seperti musim-musim sebelum ini, Aliff Satar dan Sherry Al Hadad masih diberi tanggungjawab untuk membawakan acara Big Stage ini. Dalam pada masa yang sama, Astro telah membuat sedikit kelainan dengan menampilkan 3 selebriti iaitu Neelofa, Michael Ang dan Caprice untuk menjadi Presiden Netizen yang berperan memberi pandangan dari mata penonton.
Juara Big Stage bakal membwa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa wang tunai sebanyak RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.
Program Big Stage 2020 bakal bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pada 16 Ogos 2020 jam 9 malam.
0 Ulasan