Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kemudahan i-Sinar kini dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat Pandemik Covid 19 dengan permohonan dalam talian (online) bermula pada 21 Disember 2020.
Untuk makluman, dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu, beliau telah menyatakan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara bersasar akan dibenarkan berjumlah RM500 sebulan yang memberi manfaat kepada 600 000 orang ahli sahaja.
Kategori Individu Layak Memohon
KWSP telah memaklumkan terdapat dua kategori pencarum yang layak memohon kemudahan i-Sinar iaitu:
- Mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, yang bekerja di sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau diberi cuti tanpa gaji.
- Mereka yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
Syarat Kelayakan
Bagi kategori 1
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP selama 2 bulan berturut-turut
- Ahli yang masih bekerja tetapi mengalami masalah pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan keatas selepas Mac 2020
Bagi kategori 2
Pencarum perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.
- Notis pemerhentian atau pemotongan elaun / tuntutan kerja lebih masa.
Contoh Situasi i-Sinar
Cara Memohon i-Sinar
Bagi Kategori 1 :
- Permohonan secara atas talian (online) melalui https://isinar.kwsp.gov.my/ bermula 21 Disember 2020.
- Tiada dokumen sokongan yang diperlukan
- Kelulusan diberikan secara automatik melalui data dalam KWSP
- Pembayaran akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021
Bagi Kategori 2 :
- Permohonan secara atas talian (online) melalui https://isinar.kwsp.gov.my/ bermula 11 Januari 2021
- Status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa 2 atau 3 minggu selepas pembayaran dibuat
- Pembayaran akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya selepas mendapat kelulusan
Kenyataan Media
0 Ulasan