Hard Disk merupakan salah satu komponen yang penting untuk sesebuah laptop atau komputer anda. Ianya berfungsi untuk menyimpan dan membaca data. Kebiasaannya komponen laptop dan komputer diperbuat daripada elektronik, tetapi hard disk diperbuat daripada gabungan elektronik dan mekanikal, menjadikannya mudah rosak berbanding komponen-komponen lain.
Punca Hard Disk Rosak
- Kerap sleep dan hibernate. Jika sleep untuk jangka masa satu jam kebawah tiada masalah, tetapi untuk jangka masa yang lama amatlah tidak digalakkan.
- Laptop terjatuh ketika sedang digunakan.
- Suhu laptop atau komputer terlalu tinggi. Suhu yang tinggi boleh mengakibatkan kerosakan bukan sahaja hard disk, malahan semua komponen yang ada.
Tanda-Tanda Hard Disk Rosak
1. Detection
Detection atau pengesan dimana partition hard disk anda kadang-kadang dapat detect, kadang-kadang tidak dapat. Bila On PC atau laptop anda keluar tanda seperti berikut :
- internal hard disk not found
- no bootable device
- no device detected
- boot device not found
- primary hard drive not found
- SMART failure predicted on hard disk
Besar kemungkinan hard disk anda bermasalah. Jika sudah dapat tanda seperti diatas, anda digalakkan untuk membuat backup kesemua data anda sebelum hard disk anda rosak sepenuhnya.
2. Windows Lambat
Pernah tak anda sakit hati bila menunggu startup windows pun dalam sejam tak dapat masuk-masuk juga? Dah la banyak kerja perlu dibuat, Laptop pula slow macam kura-kura. Bukan itu sahaja, bila buka sebarang software seperti words tunggu dalam 10 minit baru loading. Jika perkara seperti ini berlarutan, kemungkinan besar hard disk anda bermasalah.
3. Blue Screen
Blue screen ini akan terjadi dalam macam-macam situasi, antaranya :
- On terus keluar blue screen
- Dah start, windows dah keluar tiba-tiba blue screen
- Sometimes, tengah buat kerja tiba-tiba blue screen
Sekiranya komputer atau laptop anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, sila buat backup semua data penting anda di external hard disk sebagai langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah melayu, Sediakan payung sebelum hujan. Biar putih tulang jangan putih mata.
Semoga semua info yang saya kongsikan ini dapat membantu serba sedikit bagi mengetahui bahawa hard disk anda bakal rosak ataupun tidak.
Jika hard disk anda teah rosak, anda disarankan untuk menukar kepada Solid State Drive (SSD). Ini kerana, SSD lebih laju bacaan daripada hard disk biasa.
9 Ulasan
Satu informasi yang sangat berharga bagi pengguna laptop/komputer..
BalasPadamterima kasih
Padaminfo sangat berguna ni. thankyou!
BalasPadamAlhamdulillah, sama sama:)
PadamKalau rosak Hard Disk boleh buat kecewa dan sedih tambah-tambah lagi jika masa duit untuk dibaiki tengah tak ada.
BalasPadamYa betul tu
Padamwow good information bro thanks share
BalasPadamInfo yang sangat bermanfaat. Semua tanda2 di atas saya dah kena utk laptop yang pertama. Skrg dah arwah dah.
BalasPadamSeperti sedia maklum untuk sebarang data penting backuplah di dalam external hardisk contoh macam saya kalau ada kerja yang belum siap ada 2 tempat saya backup satu di dalam hard disk di dalam komputer dan satu lagi di external hardisk.
BalasPadamAda satu lagi alternatif boleh backup data di cloud dan bagi saya kalau langganan untuk penyimpanan di Cloud murah saya rasa agak berbaloi untuk kita simpan data di situ.