Produk Penjagaan Gigi MISMIS Dari 99.9% Bahan Semulajadi Buat Yang Tersayang | Sebelum ni mesti korang tak pernah dengar dan tahu pun pasal produk keluaran MISMIS ni kan? Sama la dengan Faiq. Rupa-rupanya produk MISMIS ni dah lama berada di pasaran, cuma kita je tak perasan. Pernah tak korang terfikir nak gosok gigi dengan ubat gigi yang diperbuat daripada pudina yang mempunyai kebaikan ekstrak koko?


Faiq nak kongsikan sedikit keunikan ubat gigi MISMIS yang mempunyai kebaikan Polifenol Koko di dalam ubat gigi mereka.



NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah syarikat pertama yang mengeluarkan dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak Polifenol Koko bersama variasi bahan herba semula jadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa.


Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd menyasarkan pasaran komersial di dalam dan di luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi yang halal bagi semua umur untuk seisi keluarga. Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan Polifenol Koko yang berkualiti tinggi sebagai bahan utama daam pembuatan produk penjagaan gigi jenama MISMIS.


NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. 


Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama MISMIS di pasaran, MISMIS telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk MISMIS juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi tau.


PRODUK MISMIS MEMPUNYAI SIJIL HALAL


Bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenai status halal produk MISMIS ni jangan risau, jenama MISMIS ini memiliki sijil Halal and Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


UBAT GIGI PREMIUM PUDINA KOKO MISMIS


Ubat Gigi Premium Pudina Koko menggunakan bahan aktif polifenol-tanin yang terbukti berkesan membunuh bakteria utama di dalam mulut iaitu Streptokokus Mutan dan S.Sanguis yang menjadi penyebab nafas berbau dan penyebaran karies gigi. Penambahan bahan seperti lemak koko (cocoa butter) yang diperkaya dengan Vitaman E, dapat membantu meningkatkan aktiviti agen antibakteria yang membantu mengawal masalah kaviti di dalam mulut. Bukan itu sahaja, aroma koko yang harum lagi menyegarkan dapat menarik minat sesiapa sahaja yang pertama kali menggunakannya.


Selain itu, produk yang sudah lama dikenali di pasaran ialah ubat gigi MISMIS lebih sejuk (Extra Cool Mint) yang memberi tujuk kali perlindungan dan melawan bakteria yang boleh menyebabkan kries dan jangkitan pada gigi. Ubat gigi ini diformulasikan tanpa paraben, bahan kimia dan pewarna sintetik. Ubat gigi ini dibperbuat daripada bahan pembuatan makanan bertahap "gred makanan" (food grade), produk ini sudah pasti selamat digunakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak terutamanya jika tertelan semasa memberus gigi.


MISMIS JUST FOR KIDS


MISMIS juga mempunyai ubat gigi MISMIS JUST FOR KIDS tau. Terdapat 2 perisa iaitu Chocolata dan Bubble Gummy yang pasti menarik kanak-kanak untuk memberus gigi.


Menurut Puan Noormawarni selaku Pengarah Syarikat, semasa menghasilkan ubat gigi ini, kami membayangkan jika anak-anak atau anak buah kami yang menggunakannya. Semestinya hanya bahan yang terbaik digunakan supaya selamat jika tertelan. Tetapi apabila kanak-kanak sudah mencuba, pasti mereka akan suka. "We made it with love".


PELBAGAI JENIS BERUS GIGI MISMIS


MISMIS juga telah mengeluarkan pelbagai jenis berus gigi dengan berus yang lembut dan separa lembut. Ia didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik seperti hijau, merah jambu, ungu dan biru.


Berus gigi MISMIS ini diperbuat daripada nilon berkualiti tinggi dan tidak pernah diuji pada haiwan. Berus gigi ini selamat untuk anda dan keluarga gunakan tanpa ada rasa ragu-ragu. Kelembutan berus gigi MISMIS memberikan tiga kali perlindungan yang membantu memelihara gusi anda daripada kecederaan sekaligus memberikan keselesaan ketika memberus dan menghilangkan bakteria serta plak.


MISMIS TRAVEL KIT 2 IN 1


Ianya juga terdapat dalam pek kembara 2 dalam 1 yang dapat memudahkan pengguna membawa produk MISMIS semasa keluar daerah untuk urusan kerja atau mengembara.


MISMIS MINTY LEAF MOUTHWASH


Bukan itu sahaja, ubat kumur MISMIS Minty Leaf juga amat sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan mulut anda. Ianya tidak mengandungi alkohol dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia.


MISMIS ialah alternatif bagi pengguna yang inginkan produk yang bebas daripada fluorida, berasaskan 99.9% bahan semulajadi, tanpa paraben, tanpa SLES/SLS dan selamat jika tertelan.


HARGA PRODUK PENJAGAAN GIGI MISMIS


Produk penjagaan gigi MIMIS berharga antara RM3.90 sehingga RM15.00


DIMANA BOLEH MENDAPATKAN PRODUK PENJAGAAN GIGI MISMIS?


Produk penjagaan gigi MISMIS boleh didapati di Tesco, Malakat Mall, Sabasun, Maslee, farmasi yang terpilih dan halal mart.


Bukan itu sahaja, MISMIS juga boleh didapati secara dalam talian (Online) melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee dan di semua online e-commerce.


Shopee :

https://shopee.com.my/nfatech


Whatsapp :

http:/www.wassap.my/+60192415004


UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Anda boleh melayari laman web rasmi MISMIS di :

https://www.mismis.com.my/


Instagram :

https://www.instagram.com/_makeitsmile/


Facebook :

https://www.facebook.com/mismistoothpaste/


So lepasni korang boleh cari produk MISMIS ni dekat pasaraya yang berhampiran. Faiq suka produk ni sebab Produk Penjagaan Gigi MISMIS 99.9% dari bahan semulajadi tau.