Bulan Ramadhan mulia akan kembali lagi menemui kita semua Umat Islam di Malaysia pada 13 April 2021 bersamaan hari Jumaat. Untuk makluman semua, pihak JAKIM telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1442H/2021M untuk panduan kita sebagai umat Islam.
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1442H/2021M
Maklumat Tambahan
Waktu Sahur
Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda:
Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Waktu Berbuka Puasa
Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari, Sabda Rasulullah SAW :
Kekalkan umatku dengan kebaikan sebagaiman mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar (Buah Kurma). Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan boleh dijadikan panduan buat semua. Selamat mengerjakan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.
17 Ulasan
Haa tudia senang nak refer. Sis kalau kat rumah berpandukan azan kat surau berdekatan ajer. Dekat ajer surau tu dalam 120 meter dari rumah.
BalasPadamthank uou. bagus perkongsian mcm ni. lepas ni tahu la mana nak rujuk utk lihat waktu imsak & berbuka.
BalasPadamNegeri Selangor Zon 1, kena print nih biar lagi senang. Sebab ada sekali tu azan tak dengar rupanya speaker kat masjid rosak. Dahlah sejenis tak bukak tv masa nak berbuka.Huhuhu
BalasPadambagus ada panduan camni sebab kadang2 azan kat rumah tak berapa dengar kan
BalasPadamMak ai 74 page ha. Hehehe. Terima kasih untuk perkongsian ini. Sangat bermanfaat. Selalu bergantung pada apps. Tapi kena tau juga kawasan kita kan.
BalasPadamBagus ni utk dibuat rujukan. Esp time imsak Tu mmg sangat penting
BalasPadamTerima kasih perkongsian ini, mudah nanti semua orang nak rujuk balik..
BalasPadamwah, bagus la ada panduan mcm ni. kite dah bookmark entri ni, senang nak refer nanti. hehe. terima kasih ye tuan rumah
BalasPadamBagus nih untuk rujukan muslimin muslimat semua..Kadang2 tunggu azan tak terdengar juga dan buka ke belum, boleh double confirm masa sebenar.
BalasPadamBenda first yang my housemate cari a day before sahur :) boleh share this with him nanti.. :P senang jadikan rujukan nanti..
BalasPadamWaktu imsak ni memang orang selalu tengok. Yela takut dah habis waktu kita tetap makan..hahaa..Terima kasih kongsi info
BalasPadamterima kasih atas perkongsian. senang nak refer waktu berbuka dan imsak bila ada senarai lengkap sebegini : )
BalasPadamTerima kasih share. Kat tempat kerja tak dengar bunyi azan. Kena la refer sini.
BalasPadamBagus kongsi gini sebab ada gak yang mencari tu. Rawlins rujuk phone je sebab dah install apps untuk ingatkan waktu solat dan sebagainya.
BalasPadamthanks for this detailed guide i am sure it will benefit many muslims in malaysia!
BalasPadamPerkongsian yang bermanfaat..untuk yang takde apps waktu solat tu boleh la refer yang ni.
BalasPadamterima kasih sebab share! memang berguna jadual macam ni. dulu masa time kecik-kecik selalu tengok surat khabar or tgok tv nak tau what time berbuka
BalasPadam