Setiap Kali Datang Ke Terengganu Wajib Singgah Steakhouse Terkenal & Murah

Seperti yang semua telah ketahui bahawa negeri Terengganu terkenal dengan keindahan tenunan songket mahupun batik sutera lukisan tangan yang mampu menelan harga ratusan ringgit malah boleh mencecah ribuan ringgit. Tidak dinafikan juga, negeri Terengganu mempunyai keenakan makanan yang menjadi ciri khas nya tersendiri seperti nasi dagang dan keropok lekor atau keropok losong.

Bukan setakat menu tempatan sahaja yang istimewa di negeri Terengganu ini, malah ada juga pilihan menu masakan barat (western) yang terbaik. Nak tahu kat mana? Jom Faiq kongsikan tempat makan masakan barat yang terbaik di negeri Terengganu.

Siapa tidak kenal dengan KBB Burger & Steak yang sering menjadi buah bicara dan terkenal di negeri jiran iaitu Kelantan di sebabkan oleh makanan yang disajikan sangat menepati citarasa penggemar steak dan masakan barat malah mempunyai pengalaman yang luas dalam hidangan masakan barat. Setelah berjaya mengukir nama di Kota Bharu, Kelantan, kini KBB Burger & Steak cuba melebarkan sayapnya ke negeri Terengganu Darul Iman pula.


Jika korang berasal dari Kelantan dan duduk berdekatan dengan bandar Kota Bharu, Faiq yakin korang dah familiar dengan nama KBB Burger & Steak yang sangat popular dengan pelbagai hidangan steak kerana KBB Burger & Steak menjadi restoran pertama di Malaysia yang menyajikan Butter Aged Tomahawk. Hidangan tersebut dijadikan salah satu hidangan istimewa di restoran tersebut oleh kerana menjadi santapan ataupun kegemaran Diraja, VVIP dan juga selebriti tempatan. Dagingnya disaluti mentega yang dibuat khas untuk hidangan tersebut dan dibiarkan selama 20-90 hari dalam peti simpanan yang khusus untuk mendapat hasil rasa yang diingini.  Satu hidangan yang dipesan boleh disajikan untuk 4-5 orang bergantung pada saiz daging tersebut. Bagi peminat tegar steak yang ingin merasai hidangan istimewa ini di KBB Burger & Steak, korang perlu membuat tempahan khas kerana hidangan ini mempunyai permintaan yang tinggi. Bukan itu sahaja, KBB Burger & Steak juga menyediakan pelbagai jenis steak premium dan masakan western. Antara steak premium yang dihidangkan di restoran ini adalah wagyu, angus, grain fed, dry-aged & lain-lain.

Tomahawk


Chiller Daging

Steak

Selain daripada hidangan steak premium, mereka juga menyediakan hidangan lain seperti burger, ribs dan lamb. Jika datang ke KBB Burger & Steak rugi kalau tak merasai burger yang menjadi salah satu hidangan istimewa mereka juga. Mereka menyediakan lebih kurang 14 jenis burger yang sangat menyelerakan. Bagi yang ingin merasai kelazatan burger mereka, Faiq sangat menyarankan anda mencuba Wild Ribs Burger dan Wagyu Burger. Burger yang mereka hidangkan mempunyai kelainan tersendiri dan tidak akan sama dengan burger yang pernah anda rasai sebelum ini kerana patty yang digunakan adalah buatan sendiri dan menggunakan 100% daging fresh. Ramai pelanggan yang hadir untuk menikmati hidangan burger mengatakan bahawa hidangan Wild Ribs Burger paling menepati citarasa mereka kerana ia menggunakan double patty dengan ribs yang dimasak menggunakan cara tersendiri. Makan pula dengan sos special hasil resepi tersendiri memang sangat puas hati. Setiap gigitan burger tersebut, anda akan merasakan kesegaran daging patty yang digunakan seolah-olah berlaku letupan rasa yang pelbagai di dalam mulut. Tak perlu diulas lebih panjang tentang rasa burger yang ada di KBB Burger & Steak ini. Anda wajib merasai burger tersebut baru tahu rasanya seperti apa.

Wild Ribs Burger

Bercerita soal hidangan selain steak dan burger, KBB Burger & Steak juga menawarkan hidangan western yang lain seperti pasta. Hidangan pasta yang sangat diminati oleh pelanggan yang sering hadir ke restoran ini ialah Pasta Spicy Clam Marinara. Bukan hanya ada hidangan sesuai untuk orang dewasa tetapi KBB Burger & Steak juga menawarkan hidangan yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Mac & Cheese, Carbonara dan lain-lain lagi.

Spicy Clam Marinara

Mac & Cheese

Di KBB Burger & Steak Terengganu juga mempunyai Barista yang menyediakan pelbagai jenis coffee untuk disajikan bersama hidangan western yang lain. Bagi peminat coffee sangat digalakkan untuk hadir ke restoran ini untuk merasai coffee yang segar.

Barista

Coffee

Satu lagi benda menarik tentang KBB Burger & Steak ini yang korang perlu ketahui adalah restoran mereka menggunakan konsep “Open Air Kitchen” dimana kita boleh melihat sendiri cara penyediaan makanan dan kebersihan dapur mereka. Tiada apa yang perlu disorokkan dan ia memberi satu persepsi yang baik bagi kepuasan pelanggan terhadap hidangan yang mereka pesan dan nantikan. Selain itu, suasana restoran mereka yang sangat cantik dan mewah membuatkan pelanggan rasa berada di suatu tempat yang begitu premium.

Open Kitchen

Indoor Dining Area

Bukan itu sahaja, staff yang ada di situ sangat friendly, helping dan sentiasa senyum ketika melayani pelanggan yang hadir. Selepas anda menikmati makanan di restoran ini, staff akan bertanyakan soalan atau feedback mengenai servis dan hidangan yang mereka tawarkan, sama ada perlu penambahbaikan dan sebagainya. Semuanya cukup lengkap untuk korang datang dan berhasrat untuk membuat private event di restoran ini, KBB Burger & Steak menawarkan VIP Dining Area yang memuatkan seramai 6-8 orang sekali event.

VIP Room

Jadi, kepada peminat tegar steak dan masakan barat yang ingin merasai keenakan daging wagyu terbaik dan mencipta pengalaman baharu yang luar biasa di KBB Burger & Steak cawangan kedua di Kuala Terengganu boleh terus ke alamat dibawah :



Location :

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin

2000 Kuala Terengganu

Terengganu

https://kbbterengganu.wasap.my

 

KBB Burger & Steak Kota Bharu

No 2713 Jalan Kuala Krai

15150 Kota Bharu

Kelantan

https://kbbdelivery.wasap.my

 

Contact :

010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu)

010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu)

 

Media Social:

Facebook

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteak (KBB BURGER & STEAK KOTA BHARU)

https://www.facebook.com/kbbburgerandsteakterengganu (KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU)

Instagram

https://www.instagram.com/kbbburgerandsteak

Tiktok

https://vt.tiktok.com/ZSdKfrnDy/

Youtube

https://www.youtube.com/channel/UCVJ8hM9QQdtocJGBbZnOJAw


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Alaaaaa....kenapa jauh sgt ni....

    BalasPadam
  2. Nampak tempat macam best je. Bila tengok lokasi alamak jauh pulak. Jadi, mereka yang berdekatan kena terjah ya...

    BalasPadam
  3. nampaknya kena masukkan tempat makan ni dalam list bila cari makan kat Terengganu ni.Nampak menu-menu pun semua menyelerakan.Tomawark tu uih!!!mesti sedapkan

    BalasPadam
  4. Menu dia sedap-sedap, pinggan mangkuk dia pun cantik sebab vintage. Kena lah dengan menu masakan kedai tu. Boleh menyinggah nanti hehe

    BalasPadam
  5. Wow... KBB Burger & Steak House looks like an aweosme place to dine at if visit Terengganu. I must add this place to my bucket list. Thank you for sharing ^_^

    BalasPadam
  6. good job to KBB Burger & Steak and Terreganu ppl so good can enjoy good food there

    BalasPadam
  7. wah!! menariknya menu-menu kat sini.Kena bookmark ni,nti pegi sana wajib singgah.Tempat pun menarik

    BalasPadam
  8. Menarik betul makanan kat sini ye. Kalau ada rezki nak ke sana, memang bleh try makanan kat sini kan.

    BalasPadam
  9. Wow menarik sungguh semua makanan kat sini! Kalau ke kuala krai boleh lah saya singgah 😊

    BalasPadam