Jaclyn Victor, DIna Nadzir, Shila Amzah & Tomok Antara Yang Bakal Merebut Gelaran Juara Gegar Vaganza 9


Setelah sekian lama Gegar Vaganza menjadi bualan netizen dek meneka siapa yang bakal berentap di pentas Gegar Vaganza musim kesembilan, Astro baru sahaja memperkenalkan seramai 13 peserta yang bakal berentap di pentas Gegar Vaganza 9 malam tadi. Pada tahun ini, Farm Fresh masih lagi menjadi penaja utama Gegar Vaganza 9 dan Digi sebagai telco rasmi program itu. Manakala Cuckoo dan Adabi pula menjadi penaja bersama untuk Gegar Vaganza musim kesembilan.

Musim kali ini pihak Astro mempertaruhkan seramai 13 penyanyi berpengalaman dari 2 buah negara serumpun untuk bertarung di pentas Gegar Vaganza 2022 yang menggunakan tagline "Bintang Kembali Menyengat" iaitu Malaysia & Singapura. Nama-nama penyanyi hebat tanah air seperti Jaclyn Victor, Tomok & Shila Amzah antara yang bakal berentap bagi merebut gelaran juara pada musim ini.

Bukan itu sahaja, Dina Nadzir, Bob Yusof, Pat Candy, Asheed (Def Gab C) dan Hasrul Nizam. Tidak ketinggalan, Roy Kapilla, Tom MYStar, Haida Hasnan termasuk Fuad Rahman dari Singapura dan kumpula VE bakal memberi saingan hebat pada kali ini.

Sementara itu, Gegar Vaganza musim ini masih mengekalkan Dato Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri yang akan mengadili persembahan peserta setiap minggu.

Bagaimanapun Jihan Muse tidak akan kembali menjadi hos bersama Nabil Ahmad disebabkan baru sahaja bersalin bayi keduanya pada Selasa lalu. Hos pengganti akan diumumkan pada konsert pertama Gegar Vaganza 9 yang bakal berlangsung pada 18 September ini dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Untuk makluman, Gegar Vaganza 9 masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional. Juara program ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 sementara naib juara ditawarkan sebanyak RM50,000 sementara pemenang tempat ketiga akan dihadiahkan wang tunai sebanyak RM30,000.

Catat Ulasan

0 Ulasan