In Lirik Lagu

Lirik Lagu "Warna Cinta" Aliff Aziz Dan Kilafairy


Assalamualaikum W.B.T

Pada masa kini, rakyat Malaysia telah dilanda demam DILWALE. Filem DILWALE yang dilakokan oleh Shah Rukh Khan dan Kajol mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Lagu yang dinyanyikan didalam filem ini sangat seronok untuk didengari. Antaranya, Gerua dan Janam-Janam. Saya ingin berkongsi lirik lagu Gerua dalam bahasa melayu yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz dan Kilafairy.


Sinar mentari menusuk maya
Pertemuan kita menghenti masa
Langit pun murung umpama kaca
Lalu bersebati mengukir wajahmu

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kau pemula kau hujungnya
Bagaikan sufi keasyikan
Aku karavan engkau tujuan
Setiap haluan kepadamu

Ikatan kita menghubung segala
Kabus dalam jiwa lenyap kernanya

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya

Oh kehidupan keasingan
Suran kelam tanpa dikau
Aku bukan hanya raga
Namun kini punya jiwa

Semua ikatan menjadi lemah
Berdepan ikatan yang kita ada

Dunia ku tinggal tuk bersamamu
Dalam hatiku berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya
Aku kasihmu berdoa
Warnakan cintaku selamanya





Related Articles

0 comments:

Post a Comment