June 2016 - Faiq Najmi

30 June 2016

Kad Raya Dari Saya
June 30, 2016 2 Comments
Dalam kesibukkan, sempat juga mencari masa untuk membuat kad raya yang tak seberapa dari saya ini. Dengan ini saya mengambil peluang untuk memohon maaf jikalau saya ada membuat anda semua sakit hati atau apa-apa sahaja lah. Saya mendapat idea untuk membuat kad raya ini ketika saya sedang mendengarkan beberapa lagu raya yang telah berkumandang di radio-radio Malaysia. Inilah kad raya dari saya yang tak seberapa..


Gambar background saya hanya ambil dari sumber google images. Corak-corak kerawang semua ambil dari koleksi-koleksi yang berada dalam pendrive. Gambar saya itu gambar raya untuk tahun lepas. Saya ambil kerana nampak cantik bersama ibu tersayang iaitu Ruslina Bt Jamhari . Itu sahaja dari saya dengan entri yang sedikit. Saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

Reading Time:

13 June 2016

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
June 13, 20160 Comments
Assalamualaikum w.b.t


Pengertian Puasa



Bahasa: Menahan diri daripada melakukan sesuatu.
Syarak: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga
              terbenam matahari.

Niat Puasa







Alhamdulillah dapat juga kita bertemu di bulan ramdhan al mubarak untuk tahun ni. Pada bulan yang mulia ini, marilah sama-sama kita mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti, membaca Al-Quran, sedekah, membuat solat-solat sunat dan lain-lain. Mesti ramai yang minat untuk membeli juadah di baazar Ramadhan kan? Saya ingin berpesan jangan membazir ketika membeli juadah untuk berbuka puasa di baazar. Elakkan daripada lakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Pada bulan puasa ini, saya agak kurang aktif dalam blog ini, kerana sibuk dengan kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan. Saya harap anda semua dapat memperbaiki diri di bulan ramadhan ini. Aminnn...






Reading Time: