PIPIYAMA Untuk Peminat Shiha Zikir - Faiq Najmi

30 December 2018

PIPIYAMA Untuk Peminat Shiha Zikir


Setelah sekian lama peminat Shiha Zikir menunggu single dangdut darinya, kini bersempena menyambut tahun baru 2019, Shiha menampilkan kelainan dengan mengeluarkan single terbaru yang berlainan genre dari genre asal yang beliau selalu bawakan. Shiha memilih PIPIYAMA sebagai single dangdut pertamanya. PIPIYAMA diambil dari Pilih-Pilih Yang Mana.


Single ini hasil ciptaan komposer terkenal dari Indonesia iaitu Atra Petrana yang juga komposer bagi lagu dangdut terkenal seperti Lagi Syantik, Perawan Atau Janda, Sakitnya Tuh Disini dan banyak lagi. Menurut Shiha, genre dangdut dipilih sebab senang untuk dekatkan dirinya di hati para peminat dan penonton yang berada di Indonesia untuk berjoget bersamanya. Buat masa kini, Shiha hanya memfokuskan pasaran Indonesia sahaja. Shiha yakin hasil karya Atra Petrana dapat diterima baik oleh peminat muzik tempatan di Indonesia.

Lirik Lagu PIPIYAMA - Shiha Zikir


Aku aku bingung
Banyak yang datang menawarkan cinta untuk ku
Aku aku bingung
Ku tak tahu bagaimana haru menolaknya

Aku jadi pusing
Mikirin mana yang terbaik untuk diriku
Aku jadi pusing
Semua paksakan diri jadi kekasihnya

Edan nek koyo ngene iso gendeng

Pilih pilih yang mana
Yang masih bujang atau yang duda
Pilih pilih yang mana
Salah milih jadi berantakan

Pilih pilih yang mana
Yang sudah tua atau yang muda
Pilih Pilih yang mana
Opo wae seng penting urep ku bahagia

Jangan Jangan salah pilih
Nanti nanti bisa rugi 
Jangan Jangan salah pilih

Nanti kamu menyesali

Lirik Video PIPIYAMA - Shiha Zikir


  
Untuk pengetahuan semua, lagu ini masih belum direlease di semua platform music digital seperti JOOX, Spotify, iTunes, Deezer dan lain-lain. 

Menurut saya, lagu PIPIYAMA ni pasti akan dapat tempat di Industri Muzik Indonesia dan Malaysia. Jangan lupa dengar ye...

2 comments: