Resepi : Roti Jala Versi Coklat

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi resepi Roti Jala Versi Coklat . Sebelum ini ramai masak roti jala dengan hanya tepung dan ditambah pewarna makanan seperti hijau dan kuning. Cara untuk memasak resepi ini lebih kurang sama saja dengan resepi roti jala yang lain, yang membezakan ditambah serbuk koko.



Resepi Roti Jala Versi Coklat

Bahan - Bahan :

3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
3 sudu besar serbuk koko
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
Air ikut kepekatan

Cara - Cara :

- Masukkan kesemua bahan-bahan tadi dalam satu bekas.
- Gaulkan sehingga sebati.
- Panaskan non stick pan. Leserkan dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan dalam acuan roti jala.
- Masak dengan api yang kecil. Bila permukaan roti jala dah pucat, hati-hati lipat seperti dalam gambar. Kemaskan dan alihkan ke pinggan.

*Roti Jala Coklat boleh dimakan dengan sos coklat atau susu pekat.




Selamat Mencuba.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. nice recipe.. :D

    p/s :Saya dah jdi followers blog anda.. Diharap awk sudi la follow blog saya yg masih baru dan hingusan ni.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, saya hanya berkongsi sahaja.

      p/s: Saya sudah kunjungi blog awak sekali follow. Goodluck :)

      Padam
  2. makanan Feveretttttt ni xD

    BalasPadam
  3. Tgk jak pun rasa mcm nak makan. haha.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, sy ingin minta izin guna 1 gmbr dri blog ni untuk fb cover. Sy student dan sem ni ambil kos keusahawanan dan berminat utk berniaga Roti Jala chocolate. Mintak izin ye gunakan 1 sahaja gmbr sebelum kami guna gmbr sendiri.

    BalasPadam