Gegar Vaganza Kini Kembali Berformat Baharu



Sebentar tadi telah berlangsungnya sidang media untuk memperkenalkan 12 orang penyanyi yang bakal beraksi di pentas Gegar Vaganza 2017 tidak lama lagi. Kali ini Gegar Vaganza tampil dengan format baru yang bertemakan Nusantara yang telah membawakan 2 artis dari negara jiran iaitu Singapura dan Indonesia.

Antara 12 peserta & lagu yang bakal dinyanyikan di pentas Gegar Vaganza 2017 ialah:

Peserta Lelaki

1. Ferhad - Kasih Berubah
2. Firman - Kehilangan
3. Aqasha - Embun
4. Lan Kristal - Seragam Hitam
5. Hazami - Mungkir Bahagia
6. Tia Jinbara - Farhana

Peserta Perempuan

1. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
2. Aishah - Janji Manismu
3. Syura - Nazam Berkasih
4. Elyana - Tak Tercapai Akalmu
5. Haida Hafiz - Zapin Usik Mengusik
6. Raja Azura - Hati Terkunci

Saingan untuk tahun ini dijangkakan lebih ketat kerana semua peserta ini sangat dikenali oleh orang ramai. GV4 masih mengekalkan 2 orang pelawak iaitu Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara manakala Datuk Ramli MS sebagai pengkritik tetap.

Bagi anda yang tidak ingin terlepas dengan info-info mengenai Gegar Vaganza 2017, anda boleh terus ke laman web Astro Gempak di http://www.gempak.com/gegar-vaganza-2017 dan instagram rasmi Gegar Vaganza



GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini jam 9.00 malam bersamaan hari Ahad. Kehebatan peserta GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) manakala secara langsung melalui internet di Youtube rasmi Astro Gempak.

Catat Ulasan

0 Ulasan