Pada 3 Oktober 2017 telah berlangsungnya sidang media Konsert Dangdut Megastar 2017 yang berlangsung di Biro Pelancongan Kuala Lumpr, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Presiden PBDM iaitu Ifa Raziah berkata konsert itu adalah usaha dan kerja keras bersama ahli persatuan yang dilakukan selepas lebih setahun menubuhkan persatuan itu.
Tambahan lagi, Ifa Raziah mengatakan bahawa konsert tersebut adalah konsert terbesar untuk genre dangdut kerana sebelum ini belum ada lagi konsert untuk penyanyi-penyanyi dangdut menunjukkan kebolehan mereka. Konsert itu juga bakal mengangkat martabat penyanyi dangdut sama dengan penyanyi-penyanyi yang lain di negara ini.
Konsert ini akan menampilkan ramai penyanyi dangdut antaranya Ifa Raziah, Amelina, Salwa Abdul Rahman, Elda Susanti, Rojer Kajol dan Fitri Hiswady.
Tiket masuk untuk Konsert Dangdut Megastar2017 ini adalah PERCUMA. Jom ramai ramai kita memeriahkan Konsert pada malam itu nanti.
0 Ulasan