YTL Foundation Beri Bantuan Telefon Dan 120GB Internet Percuma


Sebagai salah satu inisiatif Belajar Dari Rumah, YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia dalam penyediaan data dan bahan pembelajaran selaras dengan sukatan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat meneruskan pembelajaran dari rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. 


Sumber Gambar Dari Google

Inisiatif Belajar Dari Rumah yang dimaksudkan adalah memberi telefon pintar percuma dengan data internet merupakan peringkat kedua kepada inisiatif Belajar Dari Rumah. Inisiatif ini dikhaskan untuk menyokong para pelajar dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada alat peranti supaya dapat terus belajar dari rumah. Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data internet sebanyak 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan).

Inisiatif ini hanya guru sekolah yang boleh mencalonkan pelajar yang berhak untuk menerima telefon pintar dengan data internet secara percuma. Sekiranya pencalonan tersebut berjaya, ibubapa pelajar akan dimaklumkan. Kemudian, ibubapa pelajar dikehendaki untuk mengemukakan pendaftaran bagi mendapatkan telefon pintar dan data internet percuma ini. Antara kriteria yang diperlukan :
  1. Guru yang mencalonkan pelajar masih berkhidmat di sekolah tersebut.
  2. Pelajar yang dicalonkan adalah merupakan pelajar sekolah di mana guru tersebut berkhidmat
  3. Pelajar yang dicalonkan adalah daripada golongan keluarga B40
  4. Keluarga tersebut tidak mempunyai akses kepada sebarang alat peranti bagi kegunaan pelajar untuk belajar dari rumah.

Cara Guru Mencalonkan Pelajar


2. Guru perlu mengisi ruangan tersebut dengan maklumat yang diperlukan

Sekiranya pencalonan berjaya, guru dan ibubapa pelajar akan diberi notifikasi menerusi e-mel apa langkah seterusnya perlu dibuat. Ibubapa dikehendaki mengikuti proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci termasuk memuat naik :
  • Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
  • Satu salinan MyKad ibubapa
  • Surat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang dikeluarga oleh kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40

Sebaik sahaja maklumat yang diberikan oleh ibubapa semasa proses pendaftaran dapat disahkan, ibubapa akan menerima notifikasi menerusi e-mel berkenaan penghantaran telefon. Pastikan maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap agar proses pendaftaran berjalan lancar.

Untuk pengetahuan anda, telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan data internet sebanyak 120GB (10GB/Sebulan dalam tempoh 12 bulan). Selain itu, anda akan menerima panggilan suara selama 60 minit/Sebulan ke nombor rangkaian lain selama 12 bulan dan panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES secara percuma. Sekiranya anda memerlukan data dan panggilan suara tambahan, anda perlu menambah nilai (TopUp) akaun anda. Tambahan pula, telefon pintar ini tidak perlu dipulangkan dan telefon pintar ini akan menjadi hak milik anda selamanya.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. bagus inisiatif ini cuma masa PKP ni susah nak contact murid..

    BalasPadam