Tema Hari Guru dan Lirik Lagu Kami Guru Malaysia 2020


Hari Guru akan disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Tujuan sambutan ini adalah untuk meraikan jasa warga pendidik seperti Guru, Pensyarah, Ustaz dan lain - lain yang telah mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa untuk dijadikan panduan pada masa hadapan. Hari Guru akan diadakan di semua peringkat sama ada peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun kebangsaan.



TEMA HARI GURU 2020: BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU

Lirik Lagu " Kami Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka

Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan

Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada ibu tercinta saya iaitu Ruslina Bt Jamhari yang seorang guru dan kepada guru-guru yang telah mendidik saya dari tadika sehingga saya telah menamatkan zaman persekolahan saya.

Post a Comment

0 Comments