Zakat Fitrah Boleh Dibayar Secara Atas Talian


Bersih, suci, subur, berkat dan berkembang adalah maksud zakat dari segi bahasa, manakala menurut syarak pula, zakat bermaksud mengeluarkan sebahagian harta mengikut syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak menerima. Seperti kita ketahui Zakat Fitrah adalah kewajipan fardu ain ke atas semua orang Islam dan ia dilaksanakan pada Bulan Ramadan untuk membersihkan serta menyucikan jiwa kita.

Kebiasaannya, kita akan membuat pembayaran zakat kepada wakil yang dilantik. Tetapi kini terdapat sedikit perubahan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana kaedah pembayaran dibuat secara atas talian.

Terdapat banyak platform yang telah disediakan oleh kesemua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) di Malaysia. Berikut senarai platform yang tersedia untuk pembayaran zakat fitrah:

PLATFORM APLIKASI / eWALLET

1. Aplikasi SnapNPay


Cara Penggunaan:

1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore
2. Daftar akaun SnapNPay anda
3. Tekan pada butang Zakat Fitrah 1441 > pilih pusat zakat anda/ imbas kod QR yang disediakan oleh pusat zakat dipilih
4. Masukkan maklumat diperlukan, semak dan tekan bayar untuk membuat pembayaran

Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Perak, Terengganu, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perlis, Sabah & Sarawak

2. Aplikasi Boost


Cara Penggunaan :

1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore
2. Pada paparan utama, klik pada tab zakat
3. Tambah akaun zakat baru dan klik pada tab "+" untuk meneruskan
4. Lengkapkan maklumat diperlukan dan klik butang "Save & Pay Zakat"
5. Masukkan pin 6 digit atau gunakan pilihan keselamatan cap jari untuk pengesahan

Senarai Negeri : Selangor, Kuala Lumpur & Kedah

3. GoPayZ


Cara Penggunaan :

1. Muat Turun aplikasi SnapNPay di Google PlayStore atau Apple AppStore
2. Daftar masuk GoPayz
3. Tekan Services > Islamic > Zakat > Lembaga Zakat Selangor
4. Lengkapkan butiran / maklumat yang diminta
5. Kemudia anda akan dibawa ke laman "Lafaz Niat Bayar Zakat" dan tekan "terus Bayaran"
6. Pilih cara pembayaran untuk lengkapkan transaksi

Senarai Negeri : Selangor, Perak, Kedah & Kuala Lumpur

PLATFORM PERBANKAN INTERNET

1. Portal MyEG

Cara Penggunaan :

1. Pergi ke laman web MyEG / Muat turun aplikasi MyEG menerusi Google PlayStore
2. Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar dengan laman web
3. Log masuk dengan ID Pengguna dan kata laluan anda
4. Pilih aplikasi ZAKAT dan pilih agensi zakat dikehendaki
5. Pilih pautan yang disediakan untuk menganggarkan / membuat pembayaran dalam talian.

Senarai Negeri : Kuala Lumpur, Selangor, Sarawak, Kedah, Negeri Sembilan dan Sabah

2. PayHalal


Cara penggunaan :

1. Pergi ke laman web PayHalal
2. Pilih pusat zakat & jenis zakat
3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
4. Baca "Niat" tersedia dan klik pada kotak nota untuk pengesahan
5. Pastikan maklumat adalah benar. Kemudian, pilih cara pembayaran

Senarai Negeri : Kuala Lumpur

3. Pos Online


Cara penggunaan :

1. Pergi ke laman web POS Online
2. Sekiranya anda pengguna kali pertama, sila daftar akaun dahulu
3. Log masuk dengan ID dan kata laluan anda
4. Pilih "Open Bill Payment" dan pilih agensi zakat dikehendaki
5. Pilih jenis zakat yang ingin dibayar di dalam senarai tersedia
6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan tekan butang "Add to Cart"
7. Tekan butang "Proceed to Checkout" sekiranya anda sudah pasti dengan transaksi yang dibuat
8. Pembayaran boleh dibuat menggunakan saluran tersedia dan tekan butang "Submit"

Senarai Negeri : Selangor & Kuala Lumpur

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. sedih bila pahang takde dalam boost huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh takpe, mungkin ada platform lain :)

      Padam
  2. pelbagai platform boleh ni. memudahkan lagi2 musim pkp yang tak pasti bila akan berakhir

    BalasPadam
  3. mudahnya nak bayar zakat sekarang, ada platform online.
    thanks for info!

    BalasPadam
  4. selaamt guna cimb clicks boleh bayar terus.. tak payah susah2..slama ni guna online je..sebab senang.. sah juga.

    BalasPadam
  5. Thankyou for sharing this!

    BalasPadam
  6. singgah sini ^^Y

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    BalasPadam