Terdahulu Perdana Menteri Malaysia telah membuat pembentangan Pakej Pemerkasa sebagai bantuan tambahan ketika wabak pandemik covid-19 ini. Dalam pembentangan tersebut, beliau telah mengumumkan bantuan kredit eBelia akan dinaikkan daripada  RM100 ke RM150 seorang. Hal ini membuat golongan-golongan belia gembira. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia bagi mengekang penularan wabak Covid-19.



Berapa Jumlah Bantuan e-Wallet PEMERKASA 2021?

Seperti sedia maklum sebelum ini, bantuan e-wallet untuk belia sebanyak RM100, kini bantuan kredit tersebut telah dinaikkan kepada RM150 seorang.


Tarikh Bantuan e-wallet Akan Dikreditkan

Untuk pengetahuan semua, pengkreditan ini akan dilakukan pada bulan 1 JUN 2021.


Syarat Permohonan e-Wallet PEMERKASA 2021

1. Golongan belia berumur antara 18-20 tahun (lahir tahun 2001 hingga 2003).

2. Pelajar pendidikan tinggi sepenuh masa di peringkat diploma di IPT tempatan yang berdaftar.


Cara Memohon Bantuan e-Wallet PEMERKASA 2021

Berikut saya kongsikan bagaimana untuk melakukan penebusan bantuan RM150. Untuk pengetahuan anda, anda boleh membuat penebusan di salah satu aplikasi e-Wallet dibawah ini.


TOUCH N GO E WALLET



1. Install aplikasi Touch n Go e-Wallet menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

2. Setelah selesai install, anda perlu mendaftar dan verifikasi akaun anda menggunakan kad pengenalan diri.

3. Mengisi segala butiran yang diperlukan.

4. Anda sudah boleh menebus kredit e-wallet.


BOOST



1. Install aplikasi Boost menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

2. Setelah selesai install, anda perlu mendaftar dengan memasukkan segala butiran diminta. Ikut arahan selanjutnya.

3. Upgrade akaun anda ke Boost Premium

5. Sahkan akaun Boost anda.

6. Klik "Claim".


GRABPAY



1. Install aplikasi Boost menerusi Google Play Store atau Apple App Store.

2. Aktifkan Grabpay anda.

3. Masukkan nama & nombor kad pengenalan diri anda

5. Tekan hantar. Jika berjaya anda akan menerima pengesahan.

6. Kemudian anda boleh menebus kredit e-wallet anda.


ShopeePay


1. Anda perlu "Install" aplikasi Shopee menerusi Google Play Store atau Apple Store.

2. Setelah selesai "Install", anda perlu mendaftar serta membuat verifikasi akaun anda.

3. Anda perlu mengaktifkan ShopeePay

4. Sila sahkan akaun ShopeePay anda menggunakan kad pengenalan.

5. Anda boleh menebus kredit eBelia RM150


Peringatan

Bantuan e-wallet ini akan diperolehi sekiranya anda layak pada awal Januari 2021. Sekiranya anda layak, bantuan ini boleh ditebus melalui verifikasi kad pengenalan diri.