Mismis Minty Leaf Berwajah Baharu Memberi Lebih Kesegaran Bau Mulut


Syarikat pengeluaran produk penjagaan gigi MISMIS semakin diterima oleh pengguna sejak akhir-akhir ini. Kini mereka memperkenalkan pembungkusan baharu untuk ubat kumur Minty Leaf. Bukan hanya pembungkusan sahaja baharu, tetapi kandungan bahan didalam ubat kumur ini juga ditambah baik yang diperkaya oleh bahan-bahan semula jadi dan bahan aktif yang terpilih seperti polifeniltannin dari buah koko yang telah terbukti keberkesanannya bagi mengelakkan pembentukkan bakteria utama di dalam mulut yang menyebabkan nafas berbau dan karies gigi iaitu Streptokus Mutan dan S.Sanguis.


Pembaharuan bungkusan Mismis Minty Leaf ini menekankan bahan utama yang digunakan seperti koko dan daun pudina segar. Bukan itu sahaja, ubat kumut Mismis Minty Leaf ini juga sangat sesuai digunakan bagi menjaga kesihatan mulut dan mengurangkan bau mulut atau halitosis.


Ubat kumur Mismis Minty Leaf ini tidak mengandungi alkohol, dan sesuai digunakan pelbagai peringkat usia. Harga juga telah ditetapkan diseluruh negara sebanyak RM12.90 bagi 250ml.

Ubat Gigi Mismis "Combo 3 in 1 Just For Kids"


Bukan hanya ubat kumur, tetapi Mismis juga memperkenalkan pembungkusan produk terbaharu bagi ubat gigi kanak-kanak iaitu " Ubat gigi Mismis "Combo 3 in 1 Just For Kids". Ubat gigi ini mengandungi 2 Chocolata, Bubble Gummy dan berus gigi kanak-kanak dalam setiap pembelian. 


Bagi ibu bapa yang masih tercari-cari ubat gigi kanak-kanak yang sesuai untuk anak, inilah ubat gigi yang mengandungi 99.9% bahan semula jadi tanpa paraben dan flourida. SLS/SLES dan harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu serendah RM18.90. Ia juga sesuai untuk kanak-kanak yang sudah ada 1 batang gigi.



NFA Technologies Sdn Bhd

NFA Technologies Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah syarikat pertama yang mengeluarkan dan memasarkan produk penjagaan gigi berasaskan ekstrak Polifenol Koko bersama variasi bahan herba semula jadi seperti ekstrak cengkih, zaitun dan kelapa. Syarikat NFA Technologies Sdn Bhd menyasarkan pasaran komersial di dalam dan di luar negara bagi memenuhi permintaan produk penjagaan gigi yang halal bagi semua umur untuk seisi keluarga. Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan Lembaga Koko Malaysia dalam penyelidikan, pemprosesan dan penyelenggaraan untuk menggunakan Polifenol Koko yang berkualiti tinggi sebagai bahan utama daam pembuatan produk penjagaan gigi jenama Mismis. NFA Technologies Sdn Bhd juga mendapat sokongan dari MTDC KPDNHEP dan SME Corp. NFA Technologies Sdn Bhd juga giat berkolaborasi dengan NGO seperti MyCorps dalam usaha menyokong aktiviti Program Penjagaan Kebersihan Diri di Malaysia, Bangladesh, Indonesia, Fiji dan banyak lagi. 


Untuk mengukuhkan lagi kedudukan jenama Mismis di pasaran, Mismis telah diedarkan di klinik pergigian, farmasi, pasar raya di seluruh negara. Produk Mismis juga telah berada di pasaran Brunei dan Maghribi tau. Pelbagai usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan bahan semula jadi seperti polifenol koko giat dijalankan bagi meluaskan lagi pasaran jenama Mismis ini.

Produk Mismis Mempunyai Sijil Halal dan Selamat Digunakan


Bagi mereka yang masih ragu-ragu mengenai status halal produk Mismis ni jangan risau, jenama Mismis ini memiliki sijil Halal and Good Manufacturing Practice - GMP (Amalan Pengilangan Baik). Matlamat syarikat ini adalah untuk menjadi syarikat yang maju dan berdaya saing dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi, justeru setanding dengan produk antarabangsa sebagai syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.


Dimana Boleh Dapatkan Produk Mismis?


Produk penjagaan gigi Mismis boleh didapati di AEON, Lotus, Maslee, farmasi terpilih dan halal mart. Mismis juga boleh didapati secara dalam talian (Online) melalui Watson, Ourshop, Lazada, Eromman, Shopee, Big2Bazaar dan di semua online e-commerce.


Shopee :

https://shopee.com.my/nfatech


Whatsapp :

http:/www.wassap.my/+60192415004


Untuk Maklumat Lanjut


Anda boleh melayari laman web rasmi Mismis di :

https://www.mismis.com.my/


Instagram :

https://www.instagram.com/_makeitsmile/


Facebook :

https://www.facebook.com/mismistoothpaste/


So lepasni korang boleh cari produk Mismis ni dekat pasaraya yang berhampiran. Faiq suka produk ni sebab Produk Penjagaan Gigi Mismis 99.9% dari bahan semulajadi tau. 


Catat Ulasan

0 Ulasan