Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Tahun 1441H/2020M



Bulan Ramadhan mulia akan kembali lagi menemui kita semua Umat Islam di Malaysia pada 24 April 2020 bersamaan hari Jumaat. Untuk makluman semua, pihak JAKIM telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1441H/2020M untuk panduan kita sebagai umat Islam. Anda semua boleh memuat turun dan print jadual ini mengikut negeri-negeri kalian.

NEGERIMUAT TURUN
 Perlis
  📥
 Johor
  📥
 Kedah
  📥
 Kelantan
  📥
 Melaka
  📥
 Negeri Sembilan
  📥
 Pahang
  📥
 Perak
  📥
 Pulau Pinang
  📥
 Sabah
  📥
 Sarawak
  📥
 Selangor
  📥
 Terengganu
  📥
 Wilayah Persekutuan
  📥

Maklumat Tambahan

Waktu Sahur
Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda:

Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu Berbuka Puasa
Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari, Sabda Rasulullah SAW :

Kekalkan umatku dengan kebaikan sebagaiman mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar (Buah Kurma). Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan boleh dijadikan panduan buat semua. Selamat mengerjakan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Catat Ulasan

1 Ulasan