Sememangnya, laptop amat penting untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan mudah dibawa kemana sahaja. Mesti korang semua pernah minta pendapat dari kawan-kawan untuk membeli laptop kan? Bagi saya jangan tanya mereka, tanya diri sendiri tepuk dada tanya selera. Kalau kita buat pilihan sendiri, kita akan lebih berpuas hati dengan hasilnya. Tapi tidak apa juga bertanyakan pendapat pada kawan-kawan bagi mereka yang sukar membuat keputusan.
Sebelum itu, mari kita kenal apa itu "Second Hand" dan "Refurbished". Istilah second hand merujuk kepada barangan yang sudah dipakai manakala refurbished pula adalah barangan yang dibaiki semula. Walaupun second hand atau refurbished, setiap laptop yang dijual sememangnya berfungsi dengan baik.
Bagi sesiapa yang mempunyai bajet yang sedikit, anda perlu membeli barangan second hand atau refurbished yang mempunyai warranty untuk kegunaan masa hadapan. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tips sebelum anda membeli laptop second hand atau refurbished :
#Tips 1
Pastikan laptop tidak calar dengan begitu banyak atau pecah di bahagian casingnya. Kalau mempunyai tanda seperti berikut, bermakna laptop itu sudah pernah menerima gegaran yang kuat semasa proses pemindahan. Ia tidak elok untuk komponen-komponen di dalamnya.
#Tips 2
Pastikan warna pada screen laptop adalah normal tidak kelabu atau mempunyai warna yang agak berlainan dari kebiasaan anda lihat pada laptop yang lain. Ingat, screen laptop antara komponen yang mudah rosak. Sebelum membeli pastikan ianya berfugsi dan baik.
*cuba lihat ikut sisi yang berlainan jangan lihat menghadap hadapan sahaja
#Tips 3
Antara komponen yang paling mudah rosak pada sesebuah laptop ataupun komputer adalah Hard Disk. Di sini anda perlu tahu yang Hard Disk laptop itu bekerja dengan baik atau sebaliknya. Cara bagi memastikan Hard Disk dalam keadaan baik adalah ketika On atau Shutdown laptop tidak mengambil masa yang lama. Selain itu, letakkan tangan anda di belakang laptop dan anda boleh rasa sendiri pergerakan Hard Disk tersebut. Kalau ianya bergerak agak kasar bermakna Hard Disk tersebut tidak begitu elok.
Baca Juga : Tanda-Tanda Hard Disk Rosak
Seperti kalian tahu, sekarang mempunyai teknologi yang baru bagi menggantikan Hard Disk ini, ia dinamakan Solid State Druve (SSD). SSD ini tidak menggunakan disk di dalamnya. Jadi anda tidak boleh merasakan pergerakan SSD seperti Hard Disk sebab ianya menggunakan cip memori. Untuk pengetahuan anda, SSD lebih laju berbanding HDD. Kalau anda mempunyai bajet yang lebih, disarankan tukar terus ke SSD.
#Tips 4
Pastikan laptop tidak begitu panas ketikan digunakan dan pastikan juga cooling fan laptop tersebut berfungsi dengan baik.
#Tips 5
Anda juga perlu memastikan bahawa semua komponen laptop seperti keyboard dan touchdpad berfungsi dengan baik.
Ini lah beberapa tips yang anda perlu lakukan jika ingin membeli laptop Second Hand atau Refurbished di kedai. Walaupun ianya hanya ringkas, saya harap dapat membantu serba sedikit anda supaya menjadi pembeli yang bijak.
2 Ulasan
wahh menarik perkongsian ni.BERMANFAAT!
BalasPadamKalau second hand ni, CPU jenis mana patut dielakkan?
BalasPadam