Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Bagi Tahun 2023/1444H

 


Bulan Ramadhan mulia akan kembali lagi menemui kita semua Umat Islam di Malaysia pada 23 Mac 2023 bersamaan hari Khamis. Untuk makluman semua, pihak JAKIM telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1444H/2023M untuk panduan kita sebagai umat Islam.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Tahun 1444H/2023M

*Klik Setiap Negeri Untuk Jadual

1. Sabah
2. Labuan
4. Johor
5. Melaka
9. Pahang
12. Perak
13. Kedah
14. Perlis

Maklumat Tambahan

Waktu Sahur
Sebaik-baiknya makan sahur atau bersahur ialah yang dilewatkan iaitu hampir dengan waktu Subuh kira-kira 10 minit sebelum azan Subuh. Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi bersabda:

Ertinya : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Waktu Berbuka Puasa
Sebaik sahaja masuk waktu Maghrib segeralah berbuka puasa. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari, Sabda Rasulullah SAW :

Kekalkan umatku dengan kebaikan sebagaiman mereka mempercepatkan berbuka puasa (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar (Buah Kurma). Sekiranya tiada tamar maka sunat berbuka dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka puasa.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan boleh dijadikan panduan buat semua. Selamat mengerjakan ibadah puasa dan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT.

Catat Ulasan

0 Ulasan