Kemana Hilangnya Kumpulan EVA?


Kumpulan EVA yang terdiri daripada 4 orang iaitu Linda, Izzu, Rina dan Mimi pernah popular suatu ketika dahulu dengan lagu mereka Bulan Cinta dan 1001 Cinta. Ramai peminatnya yang menanyakan dimana mereka sekarang?

Pada tahun 2018, mereka mengambil keputusan untuk bergabung semula dan meneruskan perjuangan di dalam industri musik tanah air. Bagaimanapun, ia hanya membabitkan tiga anggota sahaja kecuali Mimi kerana Mimi mengambil keputusan untuk tidak aktif kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan yang dia lakukan sekarang. 

Tidak lama kemudian, Linda telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dengan menghasilkan single iaitu Bulan Rindu. Menurut Linda keputusan ini dibuat kerana dia ingin mencuba nasib sebagai penyanyi solo. Kini Linda masih aktif menyanyi solo ataupun bersama beberapa band yang lain.


Pada awal tahun 2019, Rina telah mengambil keputusan untuk bergerak secara solo dan menerima jemputan persembahan nyanyian oleh penganjur yang inginkan dia sebagai artis jemputan di karnival-karnival dan majlis-majlis tertutup lain dengan nama terbarunya Reena EVA. 

Manakala Izzu pula, dia tidak terlalu aktif dalam bidang nyanyian kerana sibuk menguruskan dua orang anaknya sebagai pelakon iaitu Izzyreef dan Izzya Reen. Tetapi menurut Izzu apabila ada pihak TV atau Korporat yang inginkan dia membuat persembahan nyanyian, dia akan menerima mengikut kesesuaian masa.

Menurut mereka jikalau ada pihak yang menjemput mereka untuk membuat persembahan atas nama Kumpulan EVA, mereka akan pertimbangkan permintaan itu. Bukan itu sahaja, jika mereka di jemput menjadi salah satu peserta untuk program Gegar Vaganza, mereka juga akan berbincang untuk menyertai program itu ataupun tidak.


Baru-baru ini warganet telah dihebohkan dengan kemunculan kumpulan EVA di salah satu program di TV3 iaitu I Can See Your Voice Season 3 yang menampilkan Linda sebagai salah satu peserta. Dari program tersebutlah rindu peminat telah diubati walaupun tampil berdua sahaja.

Untuk mengikuti perkembangan mereka boleh terus ke laman sosial : 

Linda Eva 


Izzu Eva


Rina Eva




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. baru tahu kewujudan kumpulan ni lepas episod ICSYV haritu.. dan baru tahu lagu bulan rindu tu lagu diorang :D

    BalasPadam