2019 - Faiq Najmi

16 November 2019

Tutorial : Cara Menggunakan Snipping Tool di Windows 10
November 16, 2019 3 Comments
Snipping Tool adalah salah program aplikasi Windows 10 yang berfungsi untuk mengambil screenshot atau rakaman layar komputer/laptop. Program aplikasi percuma dari Microsoft ini dapat mengambil screenshot dalam bentuk bebas (free form snip), bentuk segi empat (Rectangular snip), screenshot jendela tertentu (window snip) dan screenshot layar penuh (full screen snip).

Sebelum terus ke perbahasan cara-cara mengambil screenshot dengan Snipping Tool di Windows 10, sebaiknya kita memahami User Interface atau antarmuka pengguna program aplikasi Snipping Tool ini.



Pada dasarnya, Snipping Tool terdiri dari 5 button seperti pada gambar diatas. Kelima button ini mempunyai fungsi masing-masing seperti berikut ini :

   ▪️ Button [New] : Klik button ini untuk mengambil screenshot yang sesuai dengan mode yang diinginkan.
    ▪️Button [Mode] : Memungkinkan kita untuk memilih berbagai jenis screenshot seperti mengambil screenshot dalam bentuk bebas (free form snip), bentuk segi empat (Rectangular snip), screenshot jendela tertentu (window snip) dan screenshot layar penuh (full screen snip).
   ▪️ Button [Delay] : Penundaan screenshot selama 1, 2, 3, 4 hingga 5 detik.
    ▪️Button [Cancel] : Untuk membatalkan tindakan pengambilan      screenshot saat ini.

   ▪️ Button[Options] : Untuk melakukan beberapa setting yang diperlukan pada Snipping Tool.

Membuka aplikasi Snipping Tool


Kita dapat membuka program aplikasi Sniping Tool di Windows 10 dengan beberapa cara, diantaranya adalah dengan menggunakan Search Bar (Bar Pencarian), melalui Start Menu dan Menggunakan Run Command.

  • Dengan Menggunakan Search Bar : Di Search Bar, ketik “Snipping Tool” dan kemudian klik hasil pencariannya yaitu [Snipping Tool] seperti gambar dibawah ini.
  • Dengan Menggunakan Start Menu : Klik logo [Windows] untuk menampilkan Start Menu, gulir ke bawah untuk mencari [Windows Accessories], klik [Windows Accessories] kemudian cari dan klik [Snipping Tool].
  • Dengan Menggunakan Run Command : Tekan logo [Windows] + [R] pada keyboard komputer untuk membuka Window Run Command. Ketik “snippingtool” di kota Run Command dan kemudian klik [OK] atau tekan [Enter] pada keyboard.

Cara Menggunakan Snipping Tools di Windows 10 Untuk Mengambil Screenshot


Setelah kita memahami User Interface Snipping Tool dan juga cara membuka program aplikasi Snipping Tool. Kini saatnya kita melakukan Screenshot atau Print Screen dengan menggunakan Snipping Tool di Windows 10. Berikut ini adalah langkah-langkah mengambil screenshot dengan Snipping Tool.

  1. Buka Program Aplikasi Snipping Tool di komputer kita dengan menggunakan salah satu cara yang disebut diatas.
  2. Pada User Interface Snipping Tool, klik [Mode] kemudian pilih dan klik jenis screenshot yang kita inginkan.
Catatan : kita juga dapat langsung menggunakan [New] untuk melakukan screenshot pada layar komputer kita.


3. Setelah klik mode screenshot pilihan kita (contohnya Rectangle) atau klik [New], layar pada komputer kita akan menjadi pudar dan mengubah pointer mouse menjadi Cross-hair yang berbentuk seperti tanda “+”. Ini memudahkan kita untuk memilih area yang ingin kita screenshot dengan cara menahan tombol mouse dan menyeret kursor di area yang kita inginkan.
   
4. Setelah area yang kita inginkan tersebut dipilih, lepaskan button mouse. Screenshot akan secara automatik disalin (copy) ke Clipboard.
   
5. Selanjutnya, lihat hasil screenshot tersebut dan klik ikon [Save] atau klik [File]>[Save As] untuk menyimpan screenshot di tempat yang kita inginkan.

Demikian Cara menggunakan Snipping Tool di Windows 10 untuk mengambil screenshot yang diinginkan. Semoga Bermanfaat.

Reading Time:

23 October 2019

Apa Persediaan Perlu Ada Jika Australia Menjadi Destinasi Pelancongan Anda?
October 23, 2019 2 Comments


Pernah tak anda terfikir untuk melancong ke Australia? Australia merupakan salah satu negara yang terletak di bahagian selatan hemisfera. Ia juga terdiri daripada tanah besar yang merupakan benua terkecil di dunia. Walaupun demikian, negara ini mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang membuatkan pelancong datang saban tahun ke negaranya.

Apabila sebut sahaja mengenai Australia, pasti bayangan yang keluar di kepala kita adalah kangaroo dan bentuk bangunan yang megah di Sydney itu. Jadi hari ini saya nak kongsikan sedikit tips atau panduan jika anda memilih Australia sebagai salah satu destinasi pelancongan anda.

Disebabkan Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, anda perlu merancang terlebih dahulu tarikh anda hendak ke sana kerana ianya sangat penting untuk anda menempah tiket penerbangan dengan lebih awal. Saranan saya, tiket tu anda boleh book setahun awal untuk rebutkan harga yang lebih murah. Anda juga boleh bandingkan tiket di web traveloka dan lihat penerbangan murah yang disediakan di situ salah satunya adalah  scoot airline. Scoot airline ni merupakan penerbangan kos rendah dibawah Singapore airline. Walaupun ianya berkos rendah, tidak bermaksud ianya tak selamat tau. Kat web tu juga anda boleh lihat route penerbangan yang lain jika anda berminat. Salah satunya penerbangan ke Eropah menaiki Qatar Airways airline. Yang ni pun anda boleh buat perbandingan di situ.
Jadi amatlah penting tarikh untuk tempah tiket penerbangan ni. Kalau boleh, cari yang murah sikit so anda boleh habiskan duit untuk shopping di Australia nanti. Kalau boleh ambil la penerbangan pagi, bila sampai nanti terus boleh jalan-jalan sekejap. Tak ada bazir masa.

Wajib ada VISA


Untuk ke Australia, anda sangat diwajib untuk membuat VISA ye tuan-tuan dan puan-puan. Ha. Sebab bukan apa, Australia ni sangat ketat undang-undangnya. Mungkin sebab banyak kes yang masuk dan tak keluar kerana bekerja secara haram di negara mereka. Jadi mereka sangat menitik beratkan VISA ni.
Nak apply VISA ni ada dua cara. First, anda boleh apply VISA direct dengan mereka secara online. Just masukkan info yang mereka mahukan dan anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM60+ atau anda boleh memohon dengan agensi pelancongan yang berdekatan dengan anda dimana harganya lebih murah. Bergantung kepada anda untuk percaya dan pilih yang mana satu. Yang penting, VISA lepas.

List down makanan dan ubatan


Mungkin kerana Australia ini merupakan negara yang bebas dari wabak-wabak penyakit, maka mereka sangat tegas dengan makanan dan ubatan yang dibawa dari luar negara. Jadi anda wajib untuk declare bersama arrival card dengan menyenaraikan terlebih dahulu setiap makanan dan ubatan yang anda ingin bawa dari Malaysia.
Ini amat penting kerana ia merupakan salah satu undang-undang mereka. Saya nasihatkan anda bahagikan barangan tersebut mengikut jenis dan label. Ini memudahkan lagi kerja-kerja pihak imigresen di sana. Saya pasti anda taknak sebarang masalah timbul dan tersadai lama di airport gara-gara mereka curiga dengan barang yang anda bawa.

Sediakan pakaian mengikut musim percutian


Seperti yang saya katakan tadi, Australia merupakan negara yang mempunyai 4 musim, jadi amat penting untuk anda tahu musim apa tarikh yang anda pilih itu. Jika musim sejuk, anda wajib untuk membawa pakaian sejuk yang sesuai seperti baju thermal, jaket tebal, sarung tangan dan penutup kepala. Dan jika musim panas, anda boleh bawa baju seperti anda pakai di Malaysia sahaja. Anda boleh rujuk bulan mengikut musim di bawah
Musim panas: Disember – Februari
Musim luruh: Mac – Mei
Musim sejuk: Jun – Ogos
Musim bunga: September – November 

Penginapan


Pemilihan penginapan adalah satu perkara yang paling penting sepanjang percutian. Bagi penginapan di Australia, anda boleh memilih sama ada menginap di hotel atau pun apartment. Tapi saranan saya, lebih baik ambil apartment kerana jika anda menginap apartment, ada ruang tamu dan tempat memasak. Saya yakin anda tidak akan makan di luar sepanjang percutian di sana. Memasak juga dapat mengurangkan kos selain itu dapat juga tekak merasa hidangan seperti di Malaysia. Tambahan lagi kebanyakkan apartment, mereka ada sediakan microwave, dapur elektrik, toaster dan banyak lagi peralatan memasak. Mudah je kan?
Jika anda pergi bercuti dengan family yang besar, menginap di apartment lebih selesa dengan bilik dan ruang tamu yang lebih luas untuk semua ahli keluarga berkumpul. Terdapat banyak juga apartment yang disediakan di sekitar bandar. Anda boleh survey sahaja melalui apps seperti traveloka, booking.com atau agoda.

Pengangkutan


Ada dua cara untuk anda pusing-pusing di sekitar bandar di sana iaitu sama ada menyewa kereta ataupun menaiki pengangkutan awam. Jika anda berjalan dalam kumpulan yang besar, adalah lebih baik anda menyewa kereta sahaja. Ia lebih memudahkan untuk pergerakan secara berkumpulan. Tetapi tak salah untuk sama-sama merasa menaiki pengangkutan awam di negara orang. Lebih menarik dan baru la melancong nama nya.
Untuk naik pengangkutan awam ni, anda perlu membeli Myki dimana fungsinya sama sahaja seperti TnG jika di negara kita. Kad ini digunakan sebagai pas untuk anda naik tram, skybus, teksi dan ianya boleh ditambah nilai. Tetapi jika anda bersama keluarga, anda boleh beli sahaja pakej tiket seperti family rider pass. Ianya sangat berbaloi dan ianya sah sepanjang hari.

Internet dan Simkad


Jika anda tidak mahu menggunakan data roaming, anda boleh sahaja dapatkan simkad sebaik sahaja anda landing di airport atau dimana-mana cawangan 7E di sana. Anda boleh minta staf mereka untuk aktifkan simkad tersebut. Pemilihan data terpulang kepada anda. Jika beli satu dan hotspot sahaja atau seorang satu pun tak ada masalah. Yang penting masing-masing dapat internet untuk akses google dan social media.

Info Tambahan

        Sila bawa siap-siap adapter untuk plug ya. Sebab kat sana soket dia lain dari yang ada di negara kita.
        Untuk pertukaran wang, dinasihatkan untuk anda menukar terlebih dahulu di Malaysia. Ia akan memudahkan lagi kerja anda kalau perlu beli apa-apa barang sebelum check-in.
        Kalau anda menyewa kereta, sila ikut peraturan jalan raya di sana, lebih-lebih lagi mengenai had laju dan lampu isyarat. Sangat ketat!
        Untuk pembelian apa-apa tiket masuk ke tempat menarik di sana, sila beli online untuk dapatkan discount. Kalau beli kat kaunter lagi mahal.

Habis sudah beberapa tips yang saya boleh kongsikan kepada anda jika anda ingin bercuti di Australia. Saya harap ada sedikit sebanyak membantu anda. Semoga perjalanan anda dilancarkan semua. Ingat! Jaga keselamatan di negara orang okay. Jumpa lagi. Selamat bercuti!


Reading Time:

15 October 2019

Takwim Persekolahan Bagi Tahun 2020
October 15, 2019 3 Comments
Image result for takwim persekolahan 2020
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan takwim persekolahan bagi sesi 2020. Takwim persekolahan ini sangat berguna untuk pelbagai pihak. Bagi kegunaan sekolah dan guru, pihak sekolah dan guru dapat merancang pelbagai aktiviti yang bakal diadakan pada tahun 2020 akan datang dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan baik.

Manakala bagi kegunaan ibubapa, mereka dapat merancang percutian keluarga yang mana ingin bercuti didalam mahupun luar negara.

Takwim ini terbahagi kepada 2 Kumpulan :

Kumpulan A untuk sekolah-sekolah di negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B untuk sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.



Bagi sesi persekolahan tahun 2020 ini, cuti sekolah sempena perayaan juga telah dikeluarkan seperti berikut:



Reading Time:

24 September 2019

13 Penyanyi Bakal Bertanding di Gegar Vaganza 6
September 24, 20190 Comments

Memecahkan kebuntuan orang ramai, senarai peserta Gegar Vaganza musim keenam (GV6) akhirnya rasmi diumumkan tadi. Pada tahun ini, Farm Fresh menjadi penaja utama manakala Cuckoo, Adabi, Digi dan Uphamol menjadi penaja bersama untuk Gegar Vaganza musim keenam. 

Antara nama-nama besar seperti, Wann, Sham Visa, Roy, Jatt Ali, Noorshila Amin dan Ameer (Sofarz) bakal bersaing di Gegar Vaganza musim keenam. Malah penyanyi wanita yang pernah popular sekitar 90-an dan awal 2000 seperi Mazleela, Feeza dan Nur Fatimah turut bertanding sekali.

Masih mengekalkan dua pasangan serasi Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos yang bakal mengemudikan setiap minggu. Manakala Bell Ngasri dan Fizza Frizzi pula sebagai hos belakang tabir. Sementara itu, Dato Ramli MS dan Hetty Koes Endang dilantik sebagai juri yang akan mengadili persembahan peserta setiap minggu.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2019

1. Sham Visa
Lagu Popular : Dalam Gerimis

2. Roy
Lagu Popular : Ratnaku

3. Ameer Sofarz
Lagu Popular : Dan Bila Esok

4. Naqiu Boboy
Lagu Popular : Episod Cinta

5. Jatt Ali
Lagu Popular : Gadis Ayu

6. Hady Mirza
Lagu Popular : Angkasa

7. Wann
Lagu Popular : Bossanova

8. Mazleela
Lagu Popular : Tabah

9. Feeza
Lagu Popular : Ungkapan Berkata Bernafas Cinta

10. Noorshila Amin
Lagu Popular : Rambu Ramba

11. Nur Fatimah
Lagu Popular : Selembut Sutera

12. Kool
Lagu Popular : Bebas

13. One Nation Emcees
Lagu Popular : Raja Gelek

Gegar Vaganza 6 bakal bersiaran selama 8 minggu bermula 13 Oktober secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia akan disiarkan secara langsung di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro GO setiap Ahad jam 9 malam.


Reading Time:

13 September 2019

Baby Shima & Aliff Syukri Bergaduh Di Sidang Media?
September 13, 2019 2 Comments

Pergaduhan sosial media antara penyanyi Baby Shima dan usahawan terkenal Dato Seri Aliff Syukri semakin memuncak apabila mereka berdua bersemuka di sebuah sidang media pelancaran lagu terbaru usahawan tersebut Cowok Baru yang diadakan di Jakarta, Indonesia petang semalam.


Menerusi live video di Facebook Dato Aliff, Baby Shima telah menyerang Dato Aliff dan mendakwa bahawa dirinya sengaja dipermalukan oleh usahawan tersebut. Menurut kemaskini Instagram penyanyi tersebut, dia mendakwa bahawa Dato Aliff cuba memalukan dirinya di sidang media terbabit. Dia mengatakan bahawa pihak Dato Aliff Syukri telah mengundangnya tetapi apabila telah sampai ke sidang media tersebut dia tidak dibenarkan masuk. 


Sumber Video : WakluTV

Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Baby Shima dan Dato Aliff Syukri mula berselisih faham ketika usahawan tersebut membuat satu caption untuk meminta pandangan netizen mengenai lagu terbarunya dan Baby Shima pun melontarkan pandangannya terhadap lagu terbaru Dato Aliff.

Isu tersebut berpanjangan sehingga masing-masing dikatakan mengambil tindakan saman-menyaman. Kita doakan mereka berdua berbaik semula seperti biasa.
Reading Time:

12 September 2019

5 Peserta Malaysia Bakal Bertanding Di D'Academy Asia 5
September 12, 20191 Comments

Setiap tahun pihak Indosiar akan menggelar satu program nyanyian peringkat asia dimana sebanyak 6 buah negara yang terlibat akan menghantar seramai 6 orang perwakilannya untuk mendapatkan gelaran "Juara Asia". Program ini diberi nama "D'Academy Asia". Mereka akan membawakan genre Irama Melayu dan Dangdut. Antara 6 buah negara yang terlibat ialah Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Thailand dan Timor Leste. Tetapi pada tahun ini mempunyai sebuah negara yang bakal bertanding bersama iaitu Filipina.

Setiap negara menghantar seorang mentor sebagai komentator di D'Academy Asia 5. Antara komentator yang terlibat ialah Soimah (Indonesia) , Rita Sugiarto (Indonesia), Iis Dahlia (Indonesia), Elvy Sukaesih (Indonesia), Nassar (Indonesia), Mas Idayu (Malaysia), Rosalina Musa (Singapura), DJ Daffy (Brunei Darussalam), Kun Yee (Thailand) . Manakala untuk penjurian ialah Hendro Saky (Indonesia), Hetty Koes Endang (Indonesia), Zul 2by2 (Malaysia), Kerry (Thailand), Hans Anuar (Brunei Darussalam), Mayuni Omar (Singapura), Didinho (Timor Leste)

Senarai Pemenang D'Academy Asia

Musim Pertama

Juara: Danang (Indonesia)
Naib Juara: Lesti (Indonesia)
Ketiga: Shiha Zikir (Malaysia)

Musim Kedua

Juara: Weni (Indonesia)
Naib Juara: Rani(Indonesia)
Ketiga: Irsya (Indonesia)

Musim Ketiga

Juara: Fildan (Indonesia)
Naib Juara: Reza (Indonesia)
Ketiga: Aulia (Indonesia)

Musim Keempat

Juara: Selfi (Indonesia)
Naib Juara: Rara (Indonesia)
Ketiga: Zam Ryzam (Malaysia)



Pada tahun ini, seramai 5 orang peserta terdiri daripada 2 orang peserta wanita dan 3 orang peserta lelaki yang dipilih mengikut keunikan suara dan kualiti suara untuk bertanding di D'Academy Asia 5.

Senarai Peserta Malaysia ke D'Academy Asia 5

1. Azmirul 


2. Erin CTJ


3. Anie Emlan


4. Megat Haikal


5. Hariz Fayahet


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjalanan program ini pada hari pertama DAA5 ini berlangsung boleh ke laman instagram DAA5 untuk Malaysia.


Bagi penonton yang ingin menonton secara langsung dari rumah anda, anda boleh memuat turun aplikasi "Vidio" untuk menonton saluran Indosiar. Program ini akan berlangsung tidak lama lagi selepas program Golden Memories Asia. Mari sama - sama kita menonton dan menyokong peserta dari Malaysia.

Maklumat Tambahan : Peserta Golden Memories (Klik)
Reading Time:

05 September 2019

Senarai Persembahan dan Penyampai Anugerah di ABPBH32
September 05, 20191 Comments

Anugerah Bintang Popular Berita Harian kembali untuk edisi ke-32 yang bertemakan "Melangkaui Sempadan" yang ditaja oleh Alha Alfa Cosmetic bersama DuitNow dan Tan Chong Motor Sdn Bhd. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktirafkan kejayaan anak seni tempatan, bukan hanya di tanah air, malah merentasi benua.

Anugerah paling berprestij ini bakal berlangsung pada 22 September 2019 yang dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang akan diacarakan oleh pengacara berpengalaman Dato' AC Mizal dan Elly Mazlein. 

Pasti ramai yang ingin tahu siapa sahaja yang bakal menghangatkan pentas dan akan menyampaikan anugerah-anugerah di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 32. Berikut antara artis yang bakal menghiburkan dan menyampaikan anugerah.

Senarai Persembahan ABPBH32

Gandingan Rapper

- Zizan Razak
- Ismail Izzani
- Zamaera
- Sonaone
- Alif

Gandingan Vokal Power

- Ernie Zakri
- Idayu
- Liza Hanim

Gandingan Baharu

- Ariff Bahran 
- Andi Bernadee

Gandingan Band

- Hazama
- Black
- Akim Ahmad

Gandingan Hip Hop

- De Fam
- Stacy

Persembahan Otai

- Aishah

Kolaborasi

- Sufian Suhaimi
- Artis Kpop (Dirahsiakan)

Senarai Penyampai Anugerah ABPBH32

- Ella, Dato Alha Alfa, Zara Zya
- Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqiyah, Arslan Butt
- Wany Hasrita & Khai Bahar
- Mimi Lana & Fikry Ibrahim
- Amy Mastura & Shuib
- Azar Azmi, Azhan Rani, Norkhiriah
- Mustapha Kamal &Aida Khaleeda

Pengacara Red Carpet ABPBH32

- Ain Edruce
- Hefny Sahad

Pada tahun lepas, Wany Hasrita telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Bintang Harian. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32 tahun ini?
Reading Time:

20 August 2019

Tema, Lirik Lagu Tema dan Logo Hari Kemerdekaan 2019
August 20, 20190 Comments
Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan menyambut Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun. Pada tahun ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengumumkan tema Hari Kemerdekaan pada 24 Julai 2019 lalu adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih


Image result for hari kemerdekaan


Penetapan Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2019 adalah untuk menegaskan keutamaan perpaduan dan semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan keharmonian sejagat.

Tema Hari Kemerdekaan 2019


SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH

Logo Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih



Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2019

Harapan semua
Moga Kita berjaya
Bagai Negara
Yang kekal merdeka

Amanah Bangsa
Kita pikul bersama
Jadikan Malaysia Bahagia

Asal Budaya kita
Budi pekerti Indah
Amanah Jujur
Amalan Kita

Kini Masanya
Sudah tiba
Untuk bina semula
Negara tercinta

Kita bina negara
Perangi Rasuah
Kita Satukan Hati
Demi Ibu pertiwi

Keutuhan Jiwa
Memberi Nurani
Moga kita terus Disanjungi

Harapan semua
Moga kita berjaya
Sebagai negara yang kekal merdeka

Kini masanya
Sudah Tiba
Untuk Bina Semula
Negara Tercinta

Malaysia Bersih
Harapan Kita
Malaysia Bersih
Harapan Kita

Video Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2019


Reading Time:

15 August 2019

Trip To Perak
August 15, 20191 Comments
Assalamualaikum

Setelah beberapa lama Faiq tak update blog ni disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan assignment, kelas, quiz dan sebagainya. Maklumlah hidup sebagai seorang pelajar kan.


Dalam kesibukkan masa belajar, Allah bagi Faiq dan kawan-kawan rezeki untuk berjalan ke tempat yang baru walaupun hanya 2 hari 1 malam sahaja, itu sudah memadai bagi kami semua.

29-30 Julai 2019 yang lalu, Faiq dan kawan-kawan buat satu trip yang tak dirancang pun pada awalnya kerana ketika itu hari Isnin kami baru sahaja habis kelas. Disebabkan esoknya cuti Umum, kami taktau nak buat apa untuk release kan stress, kami pun cadang pergi berjalan ke Perak. Faiq nak share sikit dengan korang apa aktiviti yang kami buat dekat sana.

Hari Pertama - 29 Julai 2019 (Isnin)

Kami pergi ke kelas seperti biasa. Selepas sahaja kelas tamat pada jam 4.15 petang, kami terus berbincang nak pergi mana esok untuk releasekan stress kami. Kami pun bertungukus lumus mencari tempat menarik untuk release stress. Setelah lama mencari tempat, kami pun membuat keputusan untuk pergi ke Ipoh, Perak. Kami pun balik ke asrama untuk packing barang yang nak dibawa.  


Selepas siap packing barang, tanpa tunggu lama kami pun bergerak ke destinasi pertama iaitu Gerbang Malam, Ipoh, Perak. Bertolak dari Politeknik Sultan Idris Shah pada jam 6 petang kami sampai ke destinasi pertama pada jam 10 malam. Agak lama juga dalam kereta hihihihihi. Bagi mana yang tidak tahu ada apa dekat Gerbang Malam, Gerbang Malam ni macam Uptown la senang nak dikata, banyak peniaga menjual baju, sticker, aksesori telefon dan banyak lagi la. Panjang juga diorang punya gerai.


Selepas penat berjalan di Gerbang Malam, Ipoh, Perak, kiteorang pun singgah di Dataran Ipoh, Perak yang berhadapan dengan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh. Kami rehat sekejap sambil melihat suasana malam di Ipoh.


Selepas penat duduk dalam kereta dan berjalan, kami pun mencari tempat untuk kami tidur pada malam itu. Kami memilih Hotel Premium, Ipoh berhadapan dengan Mydin Mall untuk kami berehat. Kami memilih bilik yang berharga RM 128 yang boleh muat seramai 8 orang. Hotel pun selesa sejuk dan berdekatan dengan kedai runcit.

Hari Kedua - 30 Julai 2019 (Selasa)


Keesokkan harinya, kami pun bersiap untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Lata Kinjang Waterfall, Sungkai, Perak. Kami check out pada jam 9 pagi dan kami mencari tempat makan untuk kami mengisi perut yang lapar sebelum kami teruskan perjalanan. Setelah selesai mengisi perut, kami teruskan perjalan yang mengambil masa selama 1 jam lebih untuk kami sampai ke destinasi seterusnya.


Selama 1 jam lebih perjalanan, akhirnya pun kami sampai ke destinasi terakhir kami iaitu Lata Kinjang Waterfall, Sungkai, Perak. Ketika kami sampai di situ, sudah ramai yang datang untuk memandi manda. Untuk pengetahuan korang, nak masuk tempat ni ada tiket tau, tapi jangan risau tiket nya murah je. Seorang RM2 dan kenderaan RM2. Murah kan?


Selepas kami parking kereta terus kami mencari tempat untuk kami meletakkan semua beg dan pakaian. Disebabkan dibahagian bawah sudah penuh dipenuhi orang, kami pun naik tangga untuk keatas.


Setelah berseronok bermandi-manda kami pun bersiap-siap menukar baju untuk pulang. Alhamdulillah dalam pukul 6 petang kami sampai ke asrama dalam keadaan yang selamat dan sedikit penat bercampur dengan gembira.

Bagi korang yang nak tengok sepanjang perjalanan dan aktiviti kami pada dua hari tersebut boleh klik play video di bawah ni.


Bagi mana-mana yang mencari tempat menarik untuk release kan stress korang, boleh pergi Lata Kinjang Waterfall, Sungkai Perak. Memang Terbaik.....
Reading Time: